TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Wednesday, December 12, 2012

MATI ITU PASTI..

Jikalau sebelum ni kite asyik becakap pasal Jodoh sekarang pasal MATI..kenapa sebab Jodoh dan Maut itu ditangan Tuhan..kite tak dapat tahu siapa Jodoh kita, dan bila kite akan Mati.. Mati itu pasti.. kata Imam Ghazali, perkara yang paling hampir dengan kita dimuka bumi ini ialah KEMATIAN.. kenapa tiba-tiba bukak topik mati ni? sebab kite semua wajib ingat mati..dengan mengingati mati maka kite lebih menjaga diri, berusaha meningkatkan keimanan kita padaNya.. ya ALLAH minggu ni banyak betul orang yang meninggal disekeliling kite.. beberapa hari yang lepas, kecoh kat UPM ni mengenai kematian seorang pelajar tahun 2, fakulti pertanian UPM ni dekat lebuh silikon berhampiran pintu masuk UPM.. arwah yang bernama Asyraf, pada masa tu menaikki motorsikal ke UPM untuk pergi kelas berlanggar dengan kereta wira(lau xsalahla), ya Allah semoga kematian arwah itu dikira shahid, kematian dalam perjalanan menuntut ilmu.. al-Fatihah buat arwah.. status terakhir arwah kat Facebook yang berbunyi..


"selembut---lembut...

bantal...

ADALAH ribaan seorang IBU..dan seorang AYAH

sayang ibuku umi ♥
dan
sayang ayahku abah ♥
'
♥ ♥ ♥ ♥ ♥"

sumber :FB arwah
ya ALLAH status yang amat menyentuh hati, walaupun kite xberkawan dengan arwah,tapi kite yakin arwah merupakan anak yang baik, kawan yang baik yang murah dengan senyuman sebab sahabat2 arwah tidak putus post salam takziah di wall arwah.. antara status sahabatnya yang mampu mengalirkan air mata kita adalah..


"alhamdulillah dapat jugak aku berkhidmat buat kali terakhir utk sahabatku Asyraf Acap..

semoga cuiman terakhirku menjadi tanda persahabatan kita buat selama-lamanya.

Al-fatihah
kawantiadapenghujung" - Wan Azalee

"My beloved friend, around this time almost everyday I can see you and meet you, sometimes you open the door room, I say selamat malam to you, sometimes we meet at the toilet or sometimes I pay a visit to you. You are a good person, this is the truth, you help me and our coursemate a lot, we learn new things from each other, 24hours ago we have a chat. Your appearance will be stay in part of my memories. Rest in peace my friend, Asyraf Acap"- Khoo Ying Wei

" - Sekuntum al-fatihah utk arwoh Asyraf Acap. Dio g di masa yg x disangka2, dgn beg nk g blajar masih dpikul di blakang.dgn malam sblom kejadian tu arwoh sempat ag basuh kain utk hadapi hari esok. tapi nk wat gano, sapa stakat ni jah nyawo dio. ado jgk arwoh oyk psl nikah, semoga kubur mu termasuk salah satu taman-taman syurga. -
___________________________________________________
"kawe hilang dh sore saem hok blh wat mitok tlg bilo2 maso."- Mustaqim Izt

Mengalir air mata ini bila baca ucapan sahabat-sahabat arwah, sesungguhnya Allah lebih menyayangi mu wahai adik Asyraf..semoga dikau tenang disana.. ada status arwah cakap pasal nikah, walaupun xsempat kahwin didunia ini, insyaALLAH bidadari syurga menantimu disana.. semoga ayahnda dan ibunda yang amat arwah sayangi tabah mengharungi dugaan ini..Al-Fatihah..


arwah setelah siap dimandikan dan dikafankan di masjid UPM.
Sumber: FB
Semalam pula dengan tarikh yang amat cantik 12/12/12 selalunye orang hanya fikir nak kahwin nk tunang dan sebagainya bila ada tarikh cantik macam ni..tapi orang xpernah terfikir akan kematian menjemput kita pada tarikh2 keramat macam ni, semalam kita semua dikejutkan pula dengan pemergian bekas penyimpan mohor besar raja-raja melayu  iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang selalu kite akan tengok kat TV bila nak sambut ramadhan, syawal dan aidiladha.. semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh..Al-Fatihah..

Mati itu tak kenal usia, tak kenal masa, tak kenal tempat.. mereka dah pergi..insyaALLAH nanti kite bakal menyusul, tapi bila? hanya ALLAH yang tahu.. bila Allah kata KunFayakun..maka tiada apa yang dapat kita buat melainkan dengan bekalan amalan yang dikumpul dibumi fana ini aja yang dapat kite bawa bersama..sama-samalah kite bersiap sedia dari sekarang, kerana malaikat izrail tidak akan bagitahu kite bila dia nak datang cabut nyawa kita, mungkin dia datang pada waktu kita tidur, pada waktu kite sedang belajar, pada waktu kite sedang leka dengan hiburan dunia(nauzubillah)..jadi peringatan untuk diri kite sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, tak kira dimana kita berada, ingatlah Kematian pasti akan menjemput kite tak kira masa.. tinggal lah segala maksiat dan kejahatan, bawalah diri mu dijalan yang diredhaiNya..insyaALLAH..

"ya ALLAH, matikanlah kami dalam Iman, matikanlah kami dengan Islam..matikanlah kami dalam husnul khatimah.. ampunkan segala dosa-dosa kami ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi..aamiin.." 


Friday, December 7, 2012

ko dah nak kahwin ke???


Jumpe je kawan2..ada je yang tanya..ko dah nak tawen ke bell? awal nye nak tawen bella? bakal hubby ko pun student ke?? ke dah keje? nanti ko kahwin, tinggal asing-asing ke?? ko xkesah ke kahwin time belajar, xtakut ganggu pelajaran ke?? Huhu bermacam-macam soalan den hadap..satu je jawapan kite, dah jodoh dah sampai aku terime aje..insyaAllah setiap apa yang Allah aturkan untuk aku tu yang terbaik..dan aku pun kena jadi yang terbaik untuk bakal suami aku dan bakal family baru aku nanti..(^_^) 
Kadang-kadang kite terfikir jugak, betul ke aku dah nak kawen ni?? Huhu sekelip mata ajer, tup2 dah nak kahwin..masih banyak perihal beliau yang kita tak tahu..banyak lagi ilmu rumah tangga yang kite tak tahu..hati ni sering tertanya-tanya..mampu kah aku? mampukah aku galas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pada yang sama sebagai seorang pelajar?? mampu kah aku menjadi isteri yang solehah?? Mampukah aku menjadi isteri yang sentiasa dihati suami? yang sentiasa mententeramkan suami dikala suami didalam kesedihan? mampukah aku menjadi seorang isteri yang sentiasa membahagiakan suami? mampukah aku menjadi seorang isteri yang mampu meringankan beban suami dikala suami didalam kesusahan? mampukah aku?? ya Allah, bila soalan macam tu bertalu-talu di fikiran kite ni, buat kite rasa kurang yakin dengan diri sendiri.. ..ya Allah masih cetek ilmu yang ada untuk kite tempuhi alam rumah tangga nanti.. ya Allah berilah daku kekuatan untuk daku persiapkan diri untuk menjadi isteri yang diRahmati, dikasihi, yang solehah, isteri yang sentiasa di hati suamiku kelak..aamiin ya Rabbal Alamin.. 

Tuesday, December 4, 2012

Ujian dari Allah...Terima kasih awak..


Setiap manusia dimuka bumi ini pasti akan diuji oleh Allah, tidak kira dia susah atau senang, sebab Allah akan menguji setiap hambaNya tanda Dia sayang pada kita, Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita untuk mengharungi setiap ujian dariNya..kita sendiri tidak terlepas dari ujianNya..Setiap orang pasti ada masalahnya yang tersendiri, Allah uji kita dengan pelbagai ujian, tetapi sebab nya tetap sama.. setiap ujian yang Allah uji pasti ada rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah nak tambah keimanan kita, mahupun menguji sejauh mana keimanan kita..dengan ujian yang Allah uji ini lah kita dapat membuka mata hati kita, jangan mudah berputus asa, sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmahnya..

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa Allah beri ujian yang berat sampaikan kita terlupa pada siapa kita sepatutnya mengadu, pada siapa kita harus minta balik kekuatan kita..Allah dah jelaskan dalam Al-Quran bahawa Dia takkan uji hambaNya diluar kemampuan..Allah tahu kita kuat dan mampu harungi ujianNya sebab itu Allah beri ujian pada kita..jikalau takde ujian maka takde la pengalaman hidup kan? sama la jugak macam belajar, lau belajar jer tak ada exam maka, kita tak tahu la sejauh mana kemampuan kita..dengan exam tu jugak if kita wat mistake, ianya memberi pengajaran kepada kita agar lebih berhati-hati..dan itulah pengalaman kita..hmm

Minggu ni kite tak tahu kenapa amat stressssss!! Masalah datang bertalu-talu..tapi apa masalahnya pun tak tahu..dah bercampur aduk..pening kepala memikirkan nya..selalunya kalau kita ada masalah..tekanan..kite mesti nanges..nanti dah nanges..hilangla sikit bebanan tu..tapi kali ni..bebanan tu hilang..malah kita mampu senyummmmm (^____^) macam ni, walhal masalah tak settle lagi..kenapa?? sebab Allah tu Maha Mendengar, bila kita mohon Allah tenangkan hati kita dalam harungi ujian ini, maka Allah utuskan seseorang yang mampu menenangkan kita..kite rasa amat-amat bersyukur kerana mempunyai seorang tunang yang amat-amat baik, yang very understanding.. alhamdulilah..bila En.Tunang beri kata-kata semangat, air mata yang nak mengalir tiba2 terhenti dengan sendiri malah kesedihan bertukar menjadi sebuah senyuman..En,Tunang pun ada masalah yang tersendiri tapi dalam masa yang sama beliau boleh hembuskan semangat dalam diri kite..sesungguhnya kite amat kagum dengan ketabahan beliau..Mr.Cool.. (^_^) kite tak tahu kenapa, tetapi cara bila beliau bercakap dengan nada yang lembut..menasihati kite..beri semangat kat kite..terus menusuk ke kalbu dan secara automatiknya kite kembali bersemangat..terima kasih Mr.Cool..(^_^) Awak selalu beri semangat kat saya dikala saya lemah dan buntu tak tahu apa yang harus saya buat.. awak sentiasa ingatkan saya pada Allah..menasihati saya dengan nada suara yang amat menenangkan.. saya amat bertuah menjadi tunang awak..dan xlama lagi bakal menjadi pemaisuri dalam hidup awak..saya harap saya pun mampu menjadi macam awak..dikala awak perlukan semangat, saya pula akan menjadi kekuatan awak..insyaAllah..saya akan ingat semua pesan awak dunia akhirat..to Encik Farid bin Haji Jamaluddin.. terima kasih awak..=')

Saturday, December 1, 2012

tidak ku sangka..tidak ku duga..it's MIRACLE

Assalamualaikum semua..

tajuk entry da bunyi cam lagu apit da heee.. how to start huh? oke2.. do you guys believed in fate? of cos u do aite? hehe btw i found that takdir hidup kite tersangat2 amazing..its MIRACLE.. one Allah takes from me..He gave me super duper rewards that i didn't expected... its okey to failed in love with wrong person because its showed that Allah already knows da best for us.. Bercinta dengan someone xbermakna dengan dia kita kan berkahwin dan xsemestinya dia adalah jodoh kita.. lau ALLAH kata dia bukan jodoh kita maknanya xjodoh la.. lau jodoh alhamdulilah..so macam mana nak tau dia adalah jodoh kita? hmm jodoh is when u feel comfortable with him/her..when u see him/her u can feel da peaceful.. and i had found an article bout tips mengenal jodoh yang mana the author said that tanda Jodoh dalam Islam is "3M". What is "3M"?? its when sesiapa diantara Lelaki atau Wanita yang boleh MEMAHAMI, MEMAAFKAN dan MEMOTIVASIKAN kita kearah yang lebih baik, InsyaAllah itulah Jodoh kita.. (^_^)
hmm.. so apa kaitan jodoh with my post title?? well.. alhamdulilah i think i had found my Jodoh.. confident je an? insyaALLAH he's da one that Allah utuskan yang terbaik untuk kite..(^_^) ya ALLAH sesungguhnya Kau maha Agung.. (^_^) pertemuan yang memang tak dirancang.. 

Bermula pada hari raya tahun ni, ite ikut kakak ite p beraya kat umah kawan2nya.. dan tiba la kat sbuah rumah ni, mula2 ite sampai ite rasa cam pelik, dalam hati ite tertanya2.."aip, macam penah tgk la mamat ni,pak cik ni pun macam penah ku lihat..tapi dimana ya??" haa lebih kurang cam tu la.. seyesly, ite macam penah tgk beliau dan ayah beliau, beliau disini adalah Encik Tunang >_< hehe then after that, dorang sembang-sembang, masa sembang2 tu, ayah En. Tunang wat lawak taw, so hati kite terdetik lagi " ayooo seyes aku rse cam penah tgk dan penah sembang ngn pak cik ni, gaya cakap, melawak gitu, ishh kat mana ek??" berkali2 ite pk kat mana penah jumpe ayah En. Tunang  dan En.Tunang sekali.. ya Allah time tu memang rasa amat2 pelik la, tambahan pula ayah En.Tunang sempat melawak cam ni " Awak nak kawin ngn anak pak cik tak? awak nak apa pak cik ley kaci, nak kete sebuah?boleh..." hahaha apekah?? ite agak terkejut gak la, xkenal ite tapi wat gurauan sebegitu lak..huhu.. then ayah En.Tunang cakap " Hehe pak cik bergurau jer, jangan amik hati yer" dan pada masa yang sama dalam hati ite tibe2 jer berkata "Pak cik jangan bergurau gitu, kang jadi betul2 nanti kang" aipp?? apsal lak hati ite tbe2 cakap camtu..memg pelik sangat time tu, sebelum pulang, adalah dorang sembang2 pasal pe ntah tbe2 kite terdengar En. Tunang cakap " Ayah yang berkenan, anaknya ni belum tentu.." tetiba hati ite cam rase len plak biler En.Tunang cakap camtu..rasa macam..uhuk2..ntahla..oke sambung balik..then...akak ite mnx bergambar dengan mak ayah en.tunang sebagai kenang-kenangan..hehe



selang beberapa hari tu.. En. Tunang sms ite, beliau mnx num ite dari akak ite, sangat nakal an? hehe so ite bls xbls cm tu la, lagi pun time tu otak tengah serabut, ada prob masa tu.. So stat dari tu ite berkawan la ngn En.Tunang...after that, pada bpe aribulan lupa da En.Tunang ada sms ajak ite n familly p umah beliau ada wat open house..hoho.. masa beliau sms tu lak ite tengah busy sket, actually pada hari yang sama jugak spupu abah ite wat open house, so ite p umah spupu abh ite la, cian lak En.Tunang masa tu ite layan xlayan jer hehe..yela kawan je pun an time tu, so biler da balik umah settle open house tu barula ite reply sms En.Tunang, dan keesokan harinya beliau sms ajak ite keluar, ite time tu cam ayooo..betul ke ni? malu dowhhh..hehe so pada 2hb 9 beliau datang kat umah ite mintak izin ngan mak ite nak bawak ite keluar.."Mak cik, saya nak mnx izin nak ajak ank mak cik keluar boleh ke? " " Boleh, tapi xboleh berdua, ajak orang len teman" hehe bagus an ummi ite? hehe so ite ajak adik ite teman, hehe mana boleh berdua ajer.. oke then kitorng keluar, jalan2..makan2, then tiba la waktu nak pulang, sebelum pulang, kitorang singgah solat asar dulu, lepas selesai solat time nk masuk kete, En.Tunang duk kat luar kete, dalam hati ite mse tu " Aip, tadi time selesai solat zhor tunggu dalam kete, ni tunggu kat luar lak?" ite pun tertnya2 la nak masuk dalam kete terus ke x ite ni..so ite pun decide masuk jela, dengan harapan En.Tunang pun akan masuk gak la.. tapi yang suprisenye ite bukak jer pintu kete tu, ada sejambak bunga ros yang sangat cantikkkkk kat atas seat, ya Allah time tu cam suprise gilerrr.. En.Tunang pun datang cakap suprise..heee so sweettt an? >_< Terharu sangat2 time tu sampai ite terdiam xberkata2.. beliau cakap "Bunga ni tanda perkenalan kite..hurm suprise da buat, adiah hari jadi awak je sy lom kasi kan? " ite pun jawab " thank you awak >_< alaa adiah tak payah la, besday saya da lepas da pun"  tup2 beliau suh adik ite amik kan kotak bawak seat beliau kt belakang, then..tadaaa..ada box color silver..beliau kaci kt ite as a besday present, ite time tu bertambah2 la taching..huhukk..dah la dapat bunga, dapat adiah lak tu, adiah tu adalah sepasang baju kurung yang sangat cantik..the pinky one..huhuhu.. (^_^) ite suke sangat.. 
Pada malam tu, ite terjaga dari tidur, hati ite tbe2 tergerak nak buat solat istikharah, actually sebelum ite confirmkn ite setuju nak jmpe beliau tu pun ite ada wat istikarah, dan ite ada mmpi beliau tapi ite cam xyakin sangat ngan mimpi tu, tapi lepas ite wat istikrah kali kedua ni, ite mimpi beliau jugak, mimpi tu seolah2 flashback apa yang berlaku siang tu time ite jumpe beliau, overall mimpi tu ite nampk ite ngan beliau dalam kete tgh borak2.. lepas mimpi tu, ite terus terjaga dari tido.. " Ya Allah, daku mmpikan beliau lagi arini..adalah ini pertunjukMu? jika benar beliau adalah insan yang terbaik yang Kau jodohkan untukku maka berikan daku petunjukMu..bukakanlah pintu hatiku untuknya..amin.." seyesly mase tu dupdapdupdap jantung taw.. then keesokkan harinya ite buat lagi istikarah, and again.. ite bermimpi ite tgh bersms ngn beliau..memg tak nampk muka beliau tapi sms tu jelas menunjukkan ite sedang sms dgn beliau.. ite amat pelik sgt.. hati ite time tu memg berdebar2..adakah ini pertunjuk Allah.. ite citer kat akak ite, akak ite cakap pertunjuk la tu.. then pada hari tu jugak En.Tunang sms cmni " Lau saya masuk merisik awak boleh tak?" ite time tu..what?? baru kenal kot..huhuhu.. tapi biler ite ingatkan mimpi2 ite, ite pun say Yes..huhu ite gtw la mk ayh ite pasal hasrat beliau, abah ite agak terkejut la abah cakap "aip, baru kenal dah nak merisik? takkan la orang kasi bunga awak terus berkenan??" ite time tu cakap la " bukan sebab bunga bah, tapi sebab ite dapat petunjuk..so ite yakin ngn petunjuk ni" Then abah ite pun cakap "oke la lau awk da yakin, abah pun ok jer..lagipun abah tgk baik budaknya, cara ajak keluar pun dah betul dah, mintak izin dulu, betul la caranya tu.." hati ite time tu pun bertambah2 yakin la dengan petunjuk Allah ni..mak ayah pun suka..sesungguhnya restu mak ayah tu amat penting bagi ite..tak mo peristiwa lama berulang kembali.. so diringkaskan citer, 6hb 10 kami ditunangkan..alhamdulilah segalanya dipermudahkan, dan pada hari tu jugak ite pakai baju yang beliau hadiahkan hehe >_<  dan alhamdulilah setakat hari ni dah 1 bulan 3 minggu dan 4 hari dah ite bertunang..dan esok masuk 3 bulan perkenalan kami.. ite syukur sangat dengan pertemuan yang tak disangka tu akhirnya kami akan disatukan..berkat gurauan bakal ayah mertua ite la tu kot hehe >_<  masa ite terima beliau nak masuk merisik tu, ite memg xkenal pun lagi tntg diri beliau tapi satu je ite pk.. xpela xkenal pun, dah ALLAH bagi petunjuk dah..mungkin beliau ni yang terbaik yang Allah takdirkan untuk ite.. xbercinta pun tup2 tunang.. insyaALLAH kami bercinta lepas Nikah nanti (^_^) sepanjang kami bertunang ni pun kami terpisah oleh jarak jugak..ite kan belajar lagi hehe..sorang di timur, sorang dibarat..apa2 pun kami ada dalam 2 bulan lagi untuk diijab kabulkan..insyaALLAH semoga semuanya dipermudahkan.. doakan kami ye.. so begitu la yang ite maksudkan dengan tidak ku sangka..tidak ku duga...hehe coz it's MIRACLE...  



hati dupdapdupdap xlama lagi bakal bergelar isteri orang..2bulan lagi..preparation masih banyak xselesai..ya Allah permudahkanlah urusan kami.. aamiin..(^_^)