TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Wednesday, December 12, 2012

MATI ITU PASTI..

Jikalau sebelum ni kite asyik becakap pasal Jodoh sekarang pasal MATI..kenapa sebab Jodoh dan Maut itu ditangan Tuhan..kite tak dapat tahu siapa Jodoh kita, dan bila kite akan Mati.. Mati itu pasti.. kata Imam Ghazali, perkara yang paling hampir dengan kita dimuka bumi ini ialah KEMATIAN.. kenapa tiba-tiba bukak topik mati ni? sebab kite semua wajib ingat mati..dengan mengingati mati maka kite lebih menjaga diri, berusaha meningkatkan keimanan kita padaNya.. ya ALLAH minggu ni banyak betul orang yang meninggal disekeliling kite.. beberapa hari yang lepas, kecoh kat UPM ni mengenai kematian seorang pelajar tahun 2, fakulti pertanian UPM ni dekat lebuh silikon berhampiran pintu masuk UPM.. arwah yang bernama Asyraf, pada masa tu menaikki motorsikal ke UPM untuk pergi kelas berlanggar dengan kereta wira(lau xsalahla), ya Allah semoga kematian arwah itu dikira shahid, kematian dalam perjalanan menuntut ilmu.. al-Fatihah buat arwah.. status terakhir arwah kat Facebook yang berbunyi..


"selembut---lembut...

bantal...

ADALAH ribaan seorang IBU..dan seorang AYAH

sayang ibuku umi ♥
dan
sayang ayahku abah ♥
'
♥ ♥ ♥ ♥ ♥"

sumber :FB arwah
ya ALLAH status yang amat menyentuh hati, walaupun kite xberkawan dengan arwah,tapi kite yakin arwah merupakan anak yang baik, kawan yang baik yang murah dengan senyuman sebab sahabat2 arwah tidak putus post salam takziah di wall arwah.. antara status sahabatnya yang mampu mengalirkan air mata kita adalah..


"alhamdulillah dapat jugak aku berkhidmat buat kali terakhir utk sahabatku Asyraf Acap..

semoga cuiman terakhirku menjadi tanda persahabatan kita buat selama-lamanya.

Al-fatihah
kawantiadapenghujung" - Wan Azalee

"My beloved friend, around this time almost everyday I can see you and meet you, sometimes you open the door room, I say selamat malam to you, sometimes we meet at the toilet or sometimes I pay a visit to you. You are a good person, this is the truth, you help me and our coursemate a lot, we learn new things from each other, 24hours ago we have a chat. Your appearance will be stay in part of my memories. Rest in peace my friend, Asyraf Acap"- Khoo Ying Wei

" - Sekuntum al-fatihah utk arwoh Asyraf Acap. Dio g di masa yg x disangka2, dgn beg nk g blajar masih dpikul di blakang.dgn malam sblom kejadian tu arwoh sempat ag basuh kain utk hadapi hari esok. tapi nk wat gano, sapa stakat ni jah nyawo dio. ado jgk arwoh oyk psl nikah, semoga kubur mu termasuk salah satu taman-taman syurga. -
___________________________________________________
"kawe hilang dh sore saem hok blh wat mitok tlg bilo2 maso."- Mustaqim Izt

Mengalir air mata ini bila baca ucapan sahabat-sahabat arwah, sesungguhnya Allah lebih menyayangi mu wahai adik Asyraf..semoga dikau tenang disana.. ada status arwah cakap pasal nikah, walaupun xsempat kahwin didunia ini, insyaALLAH bidadari syurga menantimu disana.. semoga ayahnda dan ibunda yang amat arwah sayangi tabah mengharungi dugaan ini..Al-Fatihah..


arwah setelah siap dimandikan dan dikafankan di masjid UPM.
Sumber: FB
Semalam pula dengan tarikh yang amat cantik 12/12/12 selalunye orang hanya fikir nak kahwin nk tunang dan sebagainya bila ada tarikh cantik macam ni..tapi orang xpernah terfikir akan kematian menjemput kita pada tarikh2 keramat macam ni, semalam kita semua dikejutkan pula dengan pemergian bekas penyimpan mohor besar raja-raja melayu  iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang selalu kite akan tengok kat TV bila nak sambut ramadhan, syawal dan aidiladha.. semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh..Al-Fatihah..

Mati itu tak kenal usia, tak kenal masa, tak kenal tempat.. mereka dah pergi..insyaALLAH nanti kite bakal menyusul, tapi bila? hanya ALLAH yang tahu.. bila Allah kata KunFayakun..maka tiada apa yang dapat kita buat melainkan dengan bekalan amalan yang dikumpul dibumi fana ini aja yang dapat kite bawa bersama..sama-samalah kite bersiap sedia dari sekarang, kerana malaikat izrail tidak akan bagitahu kite bila dia nak datang cabut nyawa kita, mungkin dia datang pada waktu kita tidur, pada waktu kite sedang belajar, pada waktu kite sedang leka dengan hiburan dunia(nauzubillah)..jadi peringatan untuk diri kite sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, tak kira dimana kita berada, ingatlah Kematian pasti akan menjemput kite tak kira masa.. tinggal lah segala maksiat dan kejahatan, bawalah diri mu dijalan yang diredhaiNya..insyaALLAH..

"ya ALLAH, matikanlah kami dalam Iman, matikanlah kami dengan Islam..matikanlah kami dalam husnul khatimah.. ampunkan segala dosa-dosa kami ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi..aamiin.." 


Friday, December 7, 2012

ko dah nak kahwin ke???


Jumpe je kawan2..ada je yang tanya..ko dah nak tawen ke bell? awal nye nak tawen bella? bakal hubby ko pun student ke?? ke dah keje? nanti ko kahwin, tinggal asing-asing ke?? ko xkesah ke kahwin time belajar, xtakut ganggu pelajaran ke?? Huhu bermacam-macam soalan den hadap..satu je jawapan kite, dah jodoh dah sampai aku terime aje..insyaAllah setiap apa yang Allah aturkan untuk aku tu yang terbaik..dan aku pun kena jadi yang terbaik untuk bakal suami aku dan bakal family baru aku nanti..(^_^) 
Kadang-kadang kite terfikir jugak, betul ke aku dah nak kawen ni?? Huhu sekelip mata ajer, tup2 dah nak kahwin..masih banyak perihal beliau yang kita tak tahu..banyak lagi ilmu rumah tangga yang kite tak tahu..hati ni sering tertanya-tanya..mampu kah aku? mampukah aku galas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pada yang sama sebagai seorang pelajar?? mampu kah aku menjadi isteri yang solehah?? Mampukah aku menjadi isteri yang sentiasa dihati suami? yang sentiasa mententeramkan suami dikala suami didalam kesedihan? mampukah aku menjadi seorang isteri yang sentiasa membahagiakan suami? mampukah aku menjadi seorang isteri yang mampu meringankan beban suami dikala suami didalam kesusahan? mampukah aku?? ya Allah, bila soalan macam tu bertalu-talu di fikiran kite ni, buat kite rasa kurang yakin dengan diri sendiri.. ..ya Allah masih cetek ilmu yang ada untuk kite tempuhi alam rumah tangga nanti.. ya Allah berilah daku kekuatan untuk daku persiapkan diri untuk menjadi isteri yang diRahmati, dikasihi, yang solehah, isteri yang sentiasa di hati suamiku kelak..aamiin ya Rabbal Alamin.. 

Tuesday, December 4, 2012

Ujian dari Allah...Terima kasih awak..


Setiap manusia dimuka bumi ini pasti akan diuji oleh Allah, tidak kira dia susah atau senang, sebab Allah akan menguji setiap hambaNya tanda Dia sayang pada kita, Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita untuk mengharungi setiap ujian dariNya..kita sendiri tidak terlepas dari ujianNya..Setiap orang pasti ada masalahnya yang tersendiri, Allah uji kita dengan pelbagai ujian, tetapi sebab nya tetap sama.. setiap ujian yang Allah uji pasti ada rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah nak tambah keimanan kita, mahupun menguji sejauh mana keimanan kita..dengan ujian yang Allah uji ini lah kita dapat membuka mata hati kita, jangan mudah berputus asa, sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmahnya..

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa Allah beri ujian yang berat sampaikan kita terlupa pada siapa kita sepatutnya mengadu, pada siapa kita harus minta balik kekuatan kita..Allah dah jelaskan dalam Al-Quran bahawa Dia takkan uji hambaNya diluar kemampuan..Allah tahu kita kuat dan mampu harungi ujianNya sebab itu Allah beri ujian pada kita..jikalau takde ujian maka takde la pengalaman hidup kan? sama la jugak macam belajar, lau belajar jer tak ada exam maka, kita tak tahu la sejauh mana kemampuan kita..dengan exam tu jugak if kita wat mistake, ianya memberi pengajaran kepada kita agar lebih berhati-hati..dan itulah pengalaman kita..hmm

Minggu ni kite tak tahu kenapa amat stressssss!! Masalah datang bertalu-talu..tapi apa masalahnya pun tak tahu..dah bercampur aduk..pening kepala memikirkan nya..selalunya kalau kita ada masalah..tekanan..kite mesti nanges..nanti dah nanges..hilangla sikit bebanan tu..tapi kali ni..bebanan tu hilang..malah kita mampu senyummmmm (^____^) macam ni, walhal masalah tak settle lagi..kenapa?? sebab Allah tu Maha Mendengar, bila kita mohon Allah tenangkan hati kita dalam harungi ujian ini, maka Allah utuskan seseorang yang mampu menenangkan kita..kite rasa amat-amat bersyukur kerana mempunyai seorang tunang yang amat-amat baik, yang very understanding.. alhamdulilah..bila En.Tunang beri kata-kata semangat, air mata yang nak mengalir tiba2 terhenti dengan sendiri malah kesedihan bertukar menjadi sebuah senyuman..En,Tunang pun ada masalah yang tersendiri tapi dalam masa yang sama beliau boleh hembuskan semangat dalam diri kite..sesungguhnya kite amat kagum dengan ketabahan beliau..Mr.Cool.. (^_^) kite tak tahu kenapa, tetapi cara bila beliau bercakap dengan nada yang lembut..menasihati kite..beri semangat kat kite..terus menusuk ke kalbu dan secara automatiknya kite kembali bersemangat..terima kasih Mr.Cool..(^_^) Awak selalu beri semangat kat saya dikala saya lemah dan buntu tak tahu apa yang harus saya buat.. awak sentiasa ingatkan saya pada Allah..menasihati saya dengan nada suara yang amat menenangkan.. saya amat bertuah menjadi tunang awak..dan xlama lagi bakal menjadi pemaisuri dalam hidup awak..saya harap saya pun mampu menjadi macam awak..dikala awak perlukan semangat, saya pula akan menjadi kekuatan awak..insyaAllah..saya akan ingat semua pesan awak dunia akhirat..to Encik Farid bin Haji Jamaluddin.. terima kasih awak..=')

Saturday, December 1, 2012

tidak ku sangka..tidak ku duga..it's MIRACLE

Assalamualaikum semua..

tajuk entry da bunyi cam lagu apit da heee.. how to start huh? oke2.. do you guys believed in fate? of cos u do aite? hehe btw i found that takdir hidup kite tersangat2 amazing..its MIRACLE.. one Allah takes from me..He gave me super duper rewards that i didn't expected... its okey to failed in love with wrong person because its showed that Allah already knows da best for us.. Bercinta dengan someone xbermakna dengan dia kita kan berkahwin dan xsemestinya dia adalah jodoh kita.. lau ALLAH kata dia bukan jodoh kita maknanya xjodoh la.. lau jodoh alhamdulilah..so macam mana nak tau dia adalah jodoh kita? hmm jodoh is when u feel comfortable with him/her..when u see him/her u can feel da peaceful.. and i had found an article bout tips mengenal jodoh yang mana the author said that tanda Jodoh dalam Islam is "3M". What is "3M"?? its when sesiapa diantara Lelaki atau Wanita yang boleh MEMAHAMI, MEMAAFKAN dan MEMOTIVASIKAN kita kearah yang lebih baik, InsyaAllah itulah Jodoh kita.. (^_^)
hmm.. so apa kaitan jodoh with my post title?? well.. alhamdulilah i think i had found my Jodoh.. confident je an? insyaALLAH he's da one that Allah utuskan yang terbaik untuk kite..(^_^) ya ALLAH sesungguhnya Kau maha Agung.. (^_^) pertemuan yang memang tak dirancang.. 

Bermula pada hari raya tahun ni, ite ikut kakak ite p beraya kat umah kawan2nya.. dan tiba la kat sbuah rumah ni, mula2 ite sampai ite rasa cam pelik, dalam hati ite tertanya2.."aip, macam penah tgk la mamat ni,pak cik ni pun macam penah ku lihat..tapi dimana ya??" haa lebih kurang cam tu la.. seyesly, ite macam penah tgk beliau dan ayah beliau, beliau disini adalah Encik Tunang >_< hehe then after that, dorang sembang-sembang, masa sembang2 tu, ayah En. Tunang wat lawak taw, so hati kite terdetik lagi " ayooo seyes aku rse cam penah tgk dan penah sembang ngn pak cik ni, gaya cakap, melawak gitu, ishh kat mana ek??" berkali2 ite pk kat mana penah jumpe ayah En. Tunang  dan En.Tunang sekali.. ya Allah time tu memang rasa amat2 pelik la, tambahan pula ayah En.Tunang sempat melawak cam ni " Awak nak kawin ngn anak pak cik tak? awak nak apa pak cik ley kaci, nak kete sebuah?boleh..." hahaha apekah?? ite agak terkejut gak la, xkenal ite tapi wat gurauan sebegitu lak..huhu.. then ayah En.Tunang cakap " Hehe pak cik bergurau jer, jangan amik hati yer" dan pada masa yang sama dalam hati ite tibe2 jer berkata "Pak cik jangan bergurau gitu, kang jadi betul2 nanti kang" aipp?? apsal lak hati ite tbe2 cakap camtu..memg pelik sangat time tu, sebelum pulang, adalah dorang sembang2 pasal pe ntah tbe2 kite terdengar En. Tunang cakap " Ayah yang berkenan, anaknya ni belum tentu.." tetiba hati ite cam rase len plak biler En.Tunang cakap camtu..rasa macam..uhuk2..ntahla..oke sambung balik..then...akak ite mnx bergambar dengan mak ayah en.tunang sebagai kenang-kenangan..hehe



selang beberapa hari tu.. En. Tunang sms ite, beliau mnx num ite dari akak ite, sangat nakal an? hehe so ite bls xbls cm tu la, lagi pun time tu otak tengah serabut, ada prob masa tu.. So stat dari tu ite berkawan la ngn En.Tunang...after that, pada bpe aribulan lupa da En.Tunang ada sms ajak ite n familly p umah beliau ada wat open house..hoho.. masa beliau sms tu lak ite tengah busy sket, actually pada hari yang sama jugak spupu abah ite wat open house, so ite p umah spupu abh ite la, cian lak En.Tunang masa tu ite layan xlayan jer hehe..yela kawan je pun an time tu, so biler da balik umah settle open house tu barula ite reply sms En.Tunang, dan keesokan harinya beliau sms ajak ite keluar, ite time tu cam ayooo..betul ke ni? malu dowhhh..hehe so pada 2hb 9 beliau datang kat umah ite mintak izin ngan mak ite nak bawak ite keluar.."Mak cik, saya nak mnx izin nak ajak ank mak cik keluar boleh ke? " " Boleh, tapi xboleh berdua, ajak orang len teman" hehe bagus an ummi ite? hehe so ite ajak adik ite teman, hehe mana boleh berdua ajer.. oke then kitorng keluar, jalan2..makan2, then tiba la waktu nak pulang, sebelum pulang, kitorang singgah solat asar dulu, lepas selesai solat time nk masuk kete, En.Tunang duk kat luar kete, dalam hati ite mse tu " Aip, tadi time selesai solat zhor tunggu dalam kete, ni tunggu kat luar lak?" ite pun tertnya2 la nak masuk dalam kete terus ke x ite ni..so ite pun decide masuk jela, dengan harapan En.Tunang pun akan masuk gak la.. tapi yang suprisenye ite bukak jer pintu kete tu, ada sejambak bunga ros yang sangat cantikkkkk kat atas seat, ya Allah time tu cam suprise gilerrr.. En.Tunang pun datang cakap suprise..heee so sweettt an? >_< Terharu sangat2 time tu sampai ite terdiam xberkata2.. beliau cakap "Bunga ni tanda perkenalan kite..hurm suprise da buat, adiah hari jadi awak je sy lom kasi kan? " ite pun jawab " thank you awak >_< alaa adiah tak payah la, besday saya da lepas da pun"  tup2 beliau suh adik ite amik kan kotak bawak seat beliau kt belakang, then..tadaaa..ada box color silver..beliau kaci kt ite as a besday present, ite time tu bertambah2 la taching..huhukk..dah la dapat bunga, dapat adiah lak tu, adiah tu adalah sepasang baju kurung yang sangat cantik..the pinky one..huhuhu.. (^_^) ite suke sangat.. 
Pada malam tu, ite terjaga dari tidur, hati ite tbe2 tergerak nak buat solat istikharah, actually sebelum ite confirmkn ite setuju nak jmpe beliau tu pun ite ada wat istikarah, dan ite ada mmpi beliau tapi ite cam xyakin sangat ngan mimpi tu, tapi lepas ite wat istikrah kali kedua ni, ite mimpi beliau jugak, mimpi tu seolah2 flashback apa yang berlaku siang tu time ite jumpe beliau, overall mimpi tu ite nampk ite ngan beliau dalam kete tgh borak2.. lepas mimpi tu, ite terus terjaga dari tido.. " Ya Allah, daku mmpikan beliau lagi arini..adalah ini pertunjukMu? jika benar beliau adalah insan yang terbaik yang Kau jodohkan untukku maka berikan daku petunjukMu..bukakanlah pintu hatiku untuknya..amin.." seyesly mase tu dupdapdupdap jantung taw.. then keesokkan harinya ite buat lagi istikarah, and again.. ite bermimpi ite tgh bersms ngn beliau..memg tak nampk muka beliau tapi sms tu jelas menunjukkan ite sedang sms dgn beliau.. ite amat pelik sgt.. hati ite time tu memg berdebar2..adakah ini pertunjuk Allah.. ite citer kat akak ite, akak ite cakap pertunjuk la tu.. then pada hari tu jugak En.Tunang sms cmni " Lau saya masuk merisik awak boleh tak?" ite time tu..what?? baru kenal kot..huhuhu.. tapi biler ite ingatkan mimpi2 ite, ite pun say Yes..huhu ite gtw la mk ayh ite pasal hasrat beliau, abah ite agak terkejut la abah cakap "aip, baru kenal dah nak merisik? takkan la orang kasi bunga awak terus berkenan??" ite time tu cakap la " bukan sebab bunga bah, tapi sebab ite dapat petunjuk..so ite yakin ngn petunjuk ni" Then abah ite pun cakap "oke la lau awk da yakin, abah pun ok jer..lagipun abah tgk baik budaknya, cara ajak keluar pun dah betul dah, mintak izin dulu, betul la caranya tu.." hati ite time tu pun bertambah2 yakin la dengan petunjuk Allah ni..mak ayah pun suka..sesungguhnya restu mak ayah tu amat penting bagi ite..tak mo peristiwa lama berulang kembali.. so diringkaskan citer, 6hb 10 kami ditunangkan..alhamdulilah segalanya dipermudahkan, dan pada hari tu jugak ite pakai baju yang beliau hadiahkan hehe >_<  dan alhamdulilah setakat hari ni dah 1 bulan 3 minggu dan 4 hari dah ite bertunang..dan esok masuk 3 bulan perkenalan kami.. ite syukur sangat dengan pertemuan yang tak disangka tu akhirnya kami akan disatukan..berkat gurauan bakal ayah mertua ite la tu kot hehe >_<  masa ite terima beliau nak masuk merisik tu, ite memg xkenal pun lagi tntg diri beliau tapi satu je ite pk.. xpela xkenal pun, dah ALLAH bagi petunjuk dah..mungkin beliau ni yang terbaik yang Allah takdirkan untuk ite.. xbercinta pun tup2 tunang.. insyaALLAH kami bercinta lepas Nikah nanti (^_^) sepanjang kami bertunang ni pun kami terpisah oleh jarak jugak..ite kan belajar lagi hehe..sorang di timur, sorang dibarat..apa2 pun kami ada dalam 2 bulan lagi untuk diijab kabulkan..insyaALLAH semoga semuanya dipermudahkan.. doakan kami ye.. so begitu la yang ite maksudkan dengan tidak ku sangka..tidak ku duga...hehe coz it's MIRACLE...  



hati dupdapdupdap xlama lagi bakal bergelar isteri orang..2bulan lagi..preparation masih banyak xselesai..ya Allah permudahkanlah urusan kami.. aamiin..(^_^)


Wednesday, November 14, 2012

3 SIFAT YANG TAK PATUT ADA PADA LELAKI



Ada 3 sifat lau lelaki seperti ini amat tak elok..tetapi kalau perempuan bersifat seperti ini amat elok..

AL-BUKHLU (KEDEKUT)
- suami yang kedekut amat xelok.. isteri kedekut amat bagus..pergi supermarket bwk 10ya jer..jimat giler beli..selamat duit suami..tapi lau suami yang kedekut " abg..anak2 nk g sekolah tu..ckgu mintak beli buku" "ahh...xyh g sekolah..abeskn duit aku je!" "abg..kopi dh abes.." " haa tarah je kuali tu..wat air..janji hitam..jadik la jugak kopi tu.." ishhh! huduh n buruk n teruk benor suami yang kdekut nih! nauzubillah

AZ-Zuhu' (BESAR DIRI/SOMBONG)
-Suami lau sombong amat xelok..lelaki lau sombong amat huduh! kalau perempuan sombong amat bagus..tak layan lelaki.. " hai awak.." "ape awak2?? aku baling dgn kasut ni kan!" " alaa sombongnye awk ni.." " biarlah aku sombong! aku ni bini org xreti ke???" haa bertuah suami dapt bini sombong.. tapi lau suami sombong..balik kg xnk tdo umah mk mrtua.."ishh panas la umah mak awak tu.."..haa kn xelok tu..

AL-JUBNU (PENAKUT)
-Lelaki lau penakut amat huduh! =P lau perempuan..bagus.. " syg x pergi ke pasar mlm ke bli kuih?" " eee...xpergilah abg..syg takutlah..ramai sgt mat endon..laki2 pon ramai.." haa selamat si suami ada bini penakut.. lau suami yang penakut lak " jam 4 pagi..syg...bgunla..teman abg g toilet jap" haa huduh benor! kesian bini..aihhh

Monday, September 24, 2012

Internship (SMNY Holdings Sdn Bhd)

yeaa... today i'm so happy..guess what? the result of internship already came out..alhamdulilah..i got A's.. so, its make my pointer for last the sem achieved my target..syukur alhamdulilah.. walaupun tak la 4 flat..its was good what..hehe.. still in dean list.. alhamdulilah.. ^_^  btw i had my practical at SMNY Holdings Sdn Bhd at Kemaman, Terengganu. It was a housing developer agency la.. kite ditempatkan di Marketing department.. i think i already told ya before.. never mind.. =P hehe..although kite ditempatkan di Marketing Dept.. but dorang letak kite duk kat bahagian operator..meaning to say, i need to handle 2 job at one time..huhu.. seyesly memg dugaan besau jadi operator..yela customer got different behaviour..lau da ramah tu ramah sangat..lau yang xley sabau tu..memg sentap la kene maki hamun..huhu sabar jela..iye dop? hehe pape pun..i was really enjoy my internship at SMNY coz semua staff memg gila2.. best sangat..dorg sporting..even mak2 budak..hehe.. SMNY ni banyak anak2 syarikat.. kite ditempatkan kat Holdings..means ibu pejabat la an.. kat holdings xramai staf lelaki..majority they ar women..ada la a few male staff but can count ngn jari la hehe.. tapi an staff lelaki ni orang kuat company..most of them already worked almost 30 years plus2..taw.. respect gile la kat dorang..loyal gila ngan our director Dato' Hj Mohd Noor Yusof..or as known as Dato' Md Noor Taja, i have no idea why people called him like that...dari mana datang Taja tu pun xtau..hehe..whatever la.. my practical period was only for 2 month.. kejap gile an? memg xsempat nk kaut knowledge manyak2.. hehe.. but still got some experiences yang i may not get from the lecture..i missed them huhu..nak2 kak Ida.. which is the person i closed most.. da anggap cam kakak sendiri da.. liza also..miss her..xpela.. nanti balik kampung still can meet them..hehe 


intern..huhu operator yang wat marketing...kau hado?? non hadooo :P


with kak Ida

with Liza..intern from poly PD :)

With Kak Ani Pengarah urusan di SMNY..which anak Dato' Md Noor..memg friendly..xsumbunk.. :)

with Mr.Raja Durai which is my Supervisor hehe..

with Kak Sohabah..Dato' Secretary..:)

with kak emi, kak teha and kak su..havoc geng oppss hehe

with kak gee and mok noh..hehe.. 

with akak2 at finance and audit department.. 

actually there's a lot of picca..but ni je yang mampu den sharekan hehe..see ya.. (^_^) rse cam nk update pasal raya aritu.. tapi tengok la dulu..lau rajin heee :P

Saturday, September 15, 2012

Hari-hariku Semakin Indah..thank you Allah


Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, 
jikalau dulu kite hanyut dalam janji palsu percintaan yang tidak pasti,
kini kite tenang..
perpisahan membuat kite lebih tenang,
satu Allah tarik,pasti Allah akan gantikan dengan yang baru yang jauh lebih baik.. (^_^)

buat bakal suamiku,
disini..aku sedang perbaikki diriku untuk menjadi yang lebih baik,
aku yakin..kau disana juga sedang perbaikki dirimu..
akan ku jaga setiap tutur bicaraku, akhlakku, auratku demi mu bakal suami ku..
aku yakin disuatu saat aku akan bertemu dengan mu..
aku yakin.kau dan aku akan bersatu kelak..
menikmati kemanisan bercinta selepas nikah..
membina masjid sehingga ke jannah..insyaALLAH..



Thursday, September 6, 2012

JODOH ADALAH RAHSIA ALLAH



Jodoh adalah sesuatu yang amat Misteri.. ianya adalah rahsia Allah.. pada usia kita 4bulan dalam kandungan ibu kita, Allah telah tetapkan siapa jodoh kita, apa kerjaya kita dan sebagainya.. terkadang kita terlalu leka dengan keseronokan duniawi sehinggakan kita melanggar perintahNya..seperti yang kita semua tahu..Couple itu Haram..tapi masih ramai umat islam khasnya leka dengan cinta sebelum kahwin..aku sendiri tidak terlepas dari bercouple.. bab kata org tua-tua bercinta bagai nak rak, akhirnya putus jua.. bercinta tak semestinya berkahwin, rancang la apa jua, kalau Allah kata bukan Jodoh kita untuk bersama pasangan kaple, rancangan tu akan tergendala juga.. kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Terkadang diri ini terasa amat hina dimata Yang Esa kerana terlalu leka dengan keseronokan duniawi, bercinta bukanlah sesuatu yang indah selagi ianya sebelum kahwin, pada dasarnya memang indah, hakikatnya menambahkan dosa, zina mata, zina hati dan sebagainya. Alangkah indahnya jikalau bercinta selepas kahwin, bukan sahaja indah,bahagia malah mendapat pahala..subhanaAllah...

Andai saja cinta yang dibangga-banggakan putus ditengah jalan, jangan sesekali kita menyesalinya, sebaliknya bersyukurlah ini tanda Allah masih sayangkan kita, Allah tidak mahu kita terus lalai dengan godaan duniawi. Teringat aku pada pesan seorang sahabat, jangan terlalu berharap akan sesuatu yang tidak pasti, nescaya kau akan kecewa sekiranya harapan mu tidak tertunai. Jangan terlalu mencintai seseorang, kelak kau akan membencinya, dan jangan terlalu membenci seseorang kelak kau akan mencintainya..

Aku pernah mencintai seseorang, namun takdir telah memisahkan kami. Dalam kedukaanku, Allah telah pun merancang sesuatu yang amat baik bagi ku.. Aku yakin, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. jika Allah telah mengambil sesuatu dari kita, percayalah Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. teringat daku akan kata seorang Teman kepada diriku MENCINTAI TIDAK BERERTI MEMILIKI..kini aku sedar, Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik kepadaku. Jodoh itu rahsia Allah, kita hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang menentukan. Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang betul bagi menguji kita.. percayalah Allah telah mengaturkan yang Terbaik untuk hamba-hambaNya.. 

"ya Allah, seandainya telah Kau catatkan dia jodohku, maka satukan lah hati kami, jauhilah kami dari maksiat dan kejahatan, permudahkanlah segala urusan kami agar kami sentiasa dijalan yang Kau Redhai..aamiin.." 

Friday, June 22, 2012

Last Paper + Internship (SMNY)

Credits to Google
Yeaa syukur alhamdulilah..tinggal satu paper je lagik untuk dijawab untuk semester ni.. walaupun hepy tapi jantung ni ber Dap Dip Dup bila memikirkan bahawa se nya pada 1 Julai 2012 kite akan buat latihan industri!! huwaaa takot2.. agak-agak kene buli tak? biasanya dak intern selalu kene buli kan? orang cakap la.. huhu harap-harap semua staf kat Syarikat Mohd Noor Yusof Sdn. Bhd(SMNY) kat Kemaman (my hometown) semua baik-baik, friendly and sporting hehee.. aamiin..  cuakla pulok! haha.. insyaAllah everything is gonna be okey huh.. 
credits to Google
Actually abah and ummi kite yang cadangkan buat latihan industri kat SMNY ni.. kata dorang senang sket buat dekat-dekat dengan rumah, nak-nak pulak time tu nanti bulan Ramadhan boleh la berbuka kat rumah, duit poket pun jimat xyah sewa bilik lau buat LI jauh dari rumah.. hehe so kite pun terime jela, nasihat ibu bapa ni yang terbaik insyaAllah semua yang berlaku ada hikmahnya. Dengan usaha abah kite tanya kerani kat SMNY ley x lau kite nak wat LI kat situ, akhirnya dapat..alhamdulilah.. syukran abah! i Love U! lagipun abah kite kenal kerani kat situ so peluang amat besar hehe.. pape pun kite la pulak kene jadi intern yang bagus kat situ nanti.. bukan saja bawak nama UPM malah nama abah kite sekali sebab depa kenal abah kite hihihi.. insyaAllah kite xkan kecewakan abah and UPM hihihi.. oke la.. study dah.. update blog dah.. so tido time la pulak.. nunite semua.. btw sape2 yang SEdang atau baru start wat internship Camat BerIntership ye.. hehe yang dh abis tu sudi-sudi la share experience kat kite yer.. okey..tata.. (^_^)

Sunday, June 17, 2012

Rezeki bulan Rejab.. (^_^)

Camat petang semua... tetiba rase hepy..syukur so nak update blog lah hehe.. dua tiga hari ni murah betul rezeki kite.. bayangkanlah 3 ari lepas, Lina (Classmate) belanja kita kuew tiau KungFu.. semalam Lina belanja rumate die makan Mcd.. balik dari McD dia singgah bilik kite bagi Beger McD pulak (sekali sekala mkn McD ok jer, bukan selalu kan?)..termasuk beger semalam, dua ari berturut-turut la Lina belanja kite.. hehe arini plak..baru je beberapa minit yang lepas, tengah duk study untuk exam esok, tetiba Faz pulak datang bilik kita bagi Big Apple Donut.. uhuk2.. touching2..apsal depa ni asyik bagi makanan kat kita? ntah la.. sedekah kot.. kan bulan Rejab memg bagus sedekah ni.. pahala berlipat ganda..tambah2 pulak puasa.. subhanaAllah! 
Sebenarnya, bulan lepas kita ada tolong Lina buat poster untuk Forum, dia cakap nk belanja makan sebab tolong die, agaknye ni la kot upah nye..hehe tapi dua hari berturut2 tu.. pape pon TQ sgt2 taw....=')
Faz pulak, semalam dia pulangkan kita punya Lab Coat, semester ni kite xde subjek yang kene masuk lab so memang xguna la Lab Coat tu, so Faz pinjam la untuk satu sem ni, alaa kite xgune jugak so bg jela orang len pinjam.. hehe agaknye Faz bagi Big Apple ni sebagai tanda terima kasih jugak la kot sama cam Lina hehe.. thank you so much both of you.. kite tolong ikhlas tak harapkan pape balasan pun, tapi dah orang bagi xkan nak tolak kan? rezeki jangan ditolak..(^_^)







Dah la puasa arini..27 Rejab.. ada pulak Big Apple depan mata.. time bukak nak snap gambar pergghh kecurrr lidah ni.. tapi sayangnye.. Kuew Tiau KungFu and McD xteringat la nak snap huhu.. 


okey la dah nak asar ni.. jum kita solat (^_^)


* tetibe perut ni nak makan Tokiyaki la plak..adess.. huhuhu.. dapnyee... puasa2 sabar2.. =P

Thursday, June 14, 2012

Broga Hill AKHIRNYA...

Opss sory uolzz.. actually entry ni da lme nk update tp duk dlm draft x publish2..so mlm ni kite publish la..walpon da berkurun janji nk update pasal ni time abis dinner kat Ice room entry SINI (klik) haha..orait kite just nk share picca from Broga Hill yang kite daki 2 sem yang lepas kot..lupe da.. haha tu la buat pekasam kat dalam folder draft tu wat pe an? ni pon seb bek la duk godek2 ternampak lau x..haram jaddu la jawabnye tehee..btw memg best p Broga Hill tu... seyes bila sampai puncak rse nk nges sbb xsangke dapat smpai ke puncak Broga tuh menikmati keindahan alam ciptaan Allah.. tapi lagi ase nk nanges sebab teramatlah kotor kt atas puncak tu.. xde displin lagsung..da makan xgheti2 nk buang dlm beg tu dulu aihh.. ...hehe.. jom terjah.. 



muke2 ceria sebelum bertolak ke balakong..org len xpakai kasut lagi..kite siap lengkap berkasut dh hehe excited sudaa..


masih ceria.. masa mula2 sampai.. gelap wooo..seram sejuk dibaut nye duk dalm ladang kelapa sawit ni..


sadis giler tgk gmbr ayu yang cam nak nges dh keletihan time sampai kat hentian pertama .. mahirah dah muntah2 da time ni..




hentian pertama.. haha muka letih sorg2.. mase ni masih gelap..dalam pukul 6 pagi kot.. sebab kitorang panjat dalm kul 5 lebih ..kite maintain jer.. xtaw knp langsung xrase penat..mungkin niat mmg g nak tgk ciptaan Allah jadi Allah mudahkan urusan..subhanaAllah.. =') 


hentian kedua.. kite masih bertahan..sempat senyum uolzz.. yang lain pon boleh la tapi sedeyh..dorg semput hihi


puncak ketiga..mse ni dah cerah.. dalm 6 lebih almost 7 pgi.. hepyy semua cam suke je sampai atas ni..bajet ni pling puncak walhal ada stu puncak paling curam nk kene panjat ni.. sadly.. ayu and mahirah xdapat teruskan perjalanan.. dorang tak tahan..teramat pening..termuntah2.. so kite, ekin, adah and bie teruskan sampai ke puncak! 


finally puncak Broga Hill telah ku tawan!!

meh la layan gambar..random.. malas la nk susun ikut step muahahaha..






dak chinese ni kami mnx tlg amik gambar2 tup2 depa bergambar sekali hahaha..


time ni dah nk turun da..nk balik la pulok! haha
















ada bendara Malaysia gitu uollzz.. syukur berjaya sampai ke puncak..dah mcm panjat gunung Everest dah heee










saya paling kuat!! haha





macam kat cina pon ada time ni hehe subhanaALLAH cantiknya ciptaanMu..


saya kat Cina ok! haha



dah macam ghupe cover album dah hehee





wat2 tido..tgh serap vitamin tu..awal pagi uolzz hehe.. 

okey la sampai sini jer..byk sgt gmbr nye xlarat la nk tunggu upload lama2 huhu..btw sapa2 yang teringin nak panjat Bukit Broga sila lah.. cantik view dari atas sana.. subhanaAllah!