TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Wednesday, May 20, 2015

Sabar...

Apa itu sabar? Bukan nk berfalsafah ke ape..tapi cuma mahu bercakap tentang sabar.
Tentang betapa kita banyak tersilap mentafsir sabar.
perihal betapa perlunya sifat sabar itu dalam kehidupan,..
kekadang kita melihat orang atau kita sendiri , cakap ,.. ” sabarlah” tetapi dalam nada menjerit pada si anak yang berulang kali minta susu atau kita sekuat hati menjerit ‘sabar !!!”  pada orang kerana terlalu geram dan marah.
ironi sekali,..
bukankah sabar itu , sabar lah..

Kenapa kita sendiri tak boleh nak sabar tapi minta anak kecil untuk sabar.. dan kita minta dia sabar tu dalam keadaan kita menjerit kerana marah,..
huh?
anak pun confuse..hakikat sabar ini besar dan dalam.
tapi sukar sekali untuk menguasai dan mempunyai sifat ini.Dalam al quran, sebanyak 74 kali ditekankan agar kita punya sifat sabar,..
tinggi sekali kepentingannya,
tapi kita?..
ada ikut? patuh?
tak,..
kita banyak ikut nafsu,..
sebab ikut nafsu itu mudah ,..
nak sabar tu kena tekan nafsu,.
nak tekan nafsu tu yang payah,.,
bukan payah sikit , tapi bergunung tinggi punya payah.
Firman ALLAH swt dalam surah Al baqarah ayat 45: “dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya itu amat sukar , kecuali pada orang yang khusyuk”

Untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang bertaqwa, kita kena tinggi sifat sabar.Nak menjadikan anak sebagai aset kita di alam kubur dan akhirat nanti, kena didik dia dengan penuh sabar dan banyak doa.
kita sedar, meninggal sahaja anak adam, maka tiada bergunalah lagi kepadanya duit simpanan berkepuk, harta menggunung dan bagai kecuali 3 perkara
1. sedeqah
2.amalan bermanfaat
3.doa dari anak yang soleh,..
lalu, kita dah ada anak. tak kisah lah bilangannya, lagi ramai lagilah besar sifat sabar yang perlu dimiliki,..
seorang anak pun kekadang susah nak sabar,..
masalahnya pada ibu yang mudah mendapat anak ni, datang sikap take things for granted,..
susah nak sabar sebab mudah dapat anak,.. cuba kalau susah nak dapat anak, 12 tahun baru dapat sorang, rasanya mudah sikit nak sabar dengan karenah anak, malah kekadang bila keadaannya begini hilanglah pula sifat tegas.. ikut aje...
sabar ni adalah sifat mulia.
sifat yang dituntut.
tak boleh pegang pada konsep,.. sabar itu ada had, ..
sabar adalah sifat sepanjang hayat, selagi ada nyawa dalam jasad, ..
selagi bernafas, selagi itulah sifat sabar kena ada dalam diri.
cuba nak bagitahu suami pasal sesuatu yang kita tak suka akan perangai buruknya,..
cakap sekali tak berubah, dua kali tak berubah,.
apa nak buat?
mengamuk?
marah?
baran?
tunjuk perasaan?
kalau buat begitu, ada penyelesaian tak?
hati jer puas kan,…
tapi padahnya tinggi,..
suami jadi hilang kasih, anak hilang hormat dan sifat buruk kita naik tinggi,..
tengok suami sibuk bersms dengan kekasih baru, kita naik rasa marah,.. rasa kecewa, rasa putus asa,..
dapat tak selesaikan masalah?
habis kena buat apa?
kena sabar,…
sabar itu sebahagian dari  iman,..
hanya orang yang punya iman mampu nampak ALLAH.
ada penyelesaian tak?
mungkin tak, masalah tetap serupa, dapat suami yang playboy, perempuan sana sini, dia tetap begitu,..
kita jer kena sabar..?? Iyeee...
sebab bila kita sabar, kita dah ada iman.
orang yang beriman, dia mudah nampak ALLAH.
lalu dia nampak , dan berserah sepenuhnya pada kehendak aturan ALLAH..
maka  dia akan  tenang dan redha..
kesannya...
dia tak menderita.
orang yang tenang ini mudah bahagia,…
pilihlah untuk bahagia.
yang kita mampu menjaga adalah hati dan diri kita,
yang lain, serahkan sepenuhnya kepada ALLAH swt.
tak perlu usaha?
selagi hidup di dunia kenalah berusaha, ..
dunia ini adalah darul asbab.
jadi usaha itu perlu...
namun, jangan sesekali yakin pada usaha kita..
kerana kekuatan sesuatu bukan pada kita.
” tiada kekuatan melainkan dengan izinNYA”…
hasbiallah.
#notadarihawakehawa

Tuesday, March 10, 2015

Rempah Ratus Jutawan Surirumah

[APA ADA DENGAN SEMINAR REMPAH RATUS JUTAWAN SURI RUMAH]
.
Khas buat anda yang selalu berangan nak PECAT BOSS dan jadi SURI RUMAH yang boleh JAGA ANAK sendiri dan dalam masa yang sama boleh BUAT DUIT dari rumah!
.
PERTAMA DI MALAYSIA!!!
KOLABORASI PAKAR BISNES KAYA & BERJAYA!
.
Berapa ramai sahabat saya kat sini yang nak berjaya dalam perniagaan? Angkat tangan dan say I & Berapa ramai yang baru nak berniaga tapi lost.. tak ada arah tuju? Tak tahu nak mula macam mana. Angkat tangan dan say I. Bagusss.. luar biasa.. berikan tepukan buat anda..
.
Haaa.. ni nak kabo laju-laju yea.. silalah baca perlahan-lahan.. kalau baca laju-laju karang terbabas plak.. xcident..Hellooo.. inilah satu-satunya seminar yang murah giler kentang dengan gabungan semua tenaga pakar..
.
Masyaa Allah.. mana nak dapat beb.. Icon Jutawan Suri Rumah a.k.a kakak kesayangan saya kak Eida Hasan sendiri akan share apa rahsia seorang suri rumah, boleh jadi jutawan hanya duduk rumah... Rugi besarrrr siapa x hadir seminar murah macam ni siap ada Datuk Dr Maznah Hamid lagi.. Ada pakar imej consultant saya yang senantiasa look gojezzz & young.. the one and only Wawa Idris.. Ada Abang Afdlin Shauki lagi.. ada pakar bisnes internet lagi Abe Nuddin.. ada kak Aida Aidaq sebagai pakar pemasaran di dalam sektor kerajaan.... 
.
Aduuuhaiii cerita panjang pun tak guna.. Dan ini lah juga terakhir kalinya kami buat class yang murah tahap dewa macam ni.. lepas ni.. class paling murah pun rm500 tu pun untuk team.. helloo.. murah sangat tu hokehh.. siapa yang bijak.. tak akan terhegeh-hegeh action untuk rebut peluang menyertai seminar majlis elmu ni.. Saya pasti.. anda semua akan bawa pulang bukan setakat goodie bag yang cantik & penuh dengan item-item penajaan Seminar kami saje.. Malah kepala anda akan sarat dengan ilmu untuk mula bertindak.. Cakap kat orang sebelah: Best ke best?? Haha...
.
Daannn lagi best.. Seminar kami tu akan di cover dari pagi sampai petang oleh News @ TV3.. sooo.. tetamu yang bertuah akan di temuramah oleh wartawan TV3 yang buat liputan.. Orang yang ingin berjaya.. tak akan terhegeh-hegeh bila nampak peluang depan mata. Paham-paham sudah la yea... Haa.. Kita nak semua orang bangkit.. jangan layu dihujung mekar.. 

Sebenarnya kami dah tamatkan harga promosi pasa 1 Mac 2015 tempohari.. tetapi disebabkan ada yang merayu nak kami lanjutkan harga promosi, TAHNIAHHH!!! kerana kami akan lanjutkan harga promosi sehingga 15 Mac 2015. Selepas 15 Mac 2015.. I'm Sorry yea kawan-kawan.. 
.
Bagi sahabat yang berminat nak sewa meja untuk buka booth jualan, 1 meja rm80. Boleh hubungi si cantik manis, Suerianni Mohd Salleh utk sebarang pertanyaan.. 
.
*****
.
Ada lagi yang berminat untuk sertai kami??? Jom tingkatkan aura diri bersama kami, puak2 kaya & berjaya!!!
.
Program: Seminar Rempah Ratus Jutawan Suri Rumah
.
Tarikh: 21 Mac 2015
.
Tempat: Dewan Tun Canselor, Multimedia University, MMU Cyberjaya
.
Masa: 8 pg - 6 ptg
.
Bayaran:
Tawaran early bird
1 org rm150
3 org rm300
.
Selepas 15 Mac 2015:
1 org rm300
3 org rm700
.
Boleh klik link di bawah utk pendaftaran:
.
http://goo.gl/forms/P8tYIGGTtS

Friday, October 24, 2014

Viral mempelam asam boi

Fuhhhh... Berhabuk blog ni..Al maklumlah sekarang ada tanggungjawab yg besar perlu dipikul..mana nak Urus suami..anak..rumahtngga semua kan..hehe sekejap je masa berlalu..anak bella pown da nak masuk 1 year next month..cam excited lak nak celebrates first birthday farra..hehe..opss back to da story..



Setiap Kali bukak fb mesti ada je yang duk post hambar mempelam asam boi tu..adoii sampai kecur air liuq melihatnye huhu... Mana la nak cari Kat kuantan ni ek.. nak buat sendiri mempelam lak xde.. aihhh... Tgk dr Cara buat tu amat lah simple..tapi yang simple tu la nak Dapat susah..huhu bahan Utama lak tu xde..fail betul..huhu agak2 lau buat gantikan mempelam ngan epal hijau or jambu batu sedap x? Sluuurrpp dapnye..dapnye...huhu encik hubby sila belikan buah epal hijau please heuehue... Btw if sape2 taw yg jual area kuantan habaq mai naa..nak yang betul2 fresh and guna asam boi..coz ada nmpk org gune asam lain..xnak asam lain..huhu..byk Nye cekadak..haha customer is always right right? Hohoho..okey bai2...nah belanja gambar anak dara sorg ni hehe..





Monday, June 30, 2014

Kisah lelaki tua kaya yang akan buat kita renung kembali tentang kehidupan..

Kisah ini adalah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Sebuah kisah yang mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi.
Cerita ini memberi inspirasi dan motivasi  kepada kita semua tentang bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. So Jom kite Baca entry copy paste ni.. oh ya don't skip reading coz every sentences are valuable to us..

###

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.

Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Tuesday, June 17, 2014

Anakku..i'm a mama now!

To My dearest princess,


Syukur Alhamdulillah genap 7/11/2013 jam 6 p.m selamat seorang puteri yang bernama Nur Farra Naqiyyah binti Farid dilahirkan oleh mama..perasaan yang amat sukar untuk diterjemahkan..anak mama please be a good daughter to mama n papa.. mama harap Farra dapat jadi insan yang berguna pada agama dan bangsa..jadi anak yang solehah..bijak..baik serta hormat orang tua.. melahirkan Farra adalah satu kenangan yang bermakna dalam hidup mama..walaupun mama xdapat lahirkan Farra secara normal tp mama bersyukur kerana Farra selamat dilahirkan.. perasaan mama time doc cakap Farra hampir lemas hanya Allah yang tahu.. mama menahan kesakitan selama 9 jam dalam labor room..tp jalan hanya 5cm mmbuatkan mama terpaksa dibedah untuk selamatkan nyawa Farra.. mama terkilan sebab xdapat lihat Farra keluar dari perut mama..hanya tangisan pertama Farra yang dapat mama dengar yang mmpu mengukir senyuman dan meleraikan air mata kegembiraan yang tak terhingga.. Farra.. harta mama dan papa dunia akhirat.. pejam celik pejam celik harini dah genap 7bulan 1minggu 4hari umur Farra.. terasa bagai semalam mama lahirkan Farra.. semoga Farra terus kekal menjadi anak yang baik dan solehah buat mama dan papa....

Farra 1st day lahir ke dunia

 Farra 7hari


Grow up so fast



Latest 7month






Cepatnye masa berlalu..happy dapat lihat anak membesar depan mata..Alhamdulillah atas rezeki yg amat bermakna ini..