TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Sunday, November 13, 2011

Sejenak bersama MARIA ELENA, FATIN LIYANA AND FATHEEN NABILA (gadis melayu 3)

 huuuu.. hari ni best sgt coz dapat jumpe hot bloggers Maria Elena plus bakal adik iparnya Fatin Liyana and finalist gadis melayu 3 kak Fatheen Nabila.. actually kite da selalu jumpe kak Fatheen Nabila ni..coz kitorang kat UPM ni satu kolej.. cume segan jer nk tegur.. tapi hari ni dapat ler bergambar bersama kak Fatheen.. hihi hah? kenapa?? soalan yang amat baik hihi.. sebenarnya hari ini kite wakil kolej lagi untuk jadi model untuk Pertandingan Anggun Busana Muslimah Moden anjuran kolej 14 UPM semperna FISCA'11 (FOURTEEN ISLAMIC CARNIVAL).. haha.. orang suruh wakilkan kolej kite on jer.. lagipon pengalaman time Anggun Busana (klik utk read) dah ada sikit an.. so xdela kekok sangat.. btw kali ni tema nye Busana Muslimah.. so konpem la menutup aurat an.. alaa aritu pon kite pakai menutup aurat per..hihi.. baju kali ni pon long dress sama macam hari tu.. cume beza pada corak and jenis kain la..aien MTM kolej 13 yang mnx kite wakilkan kolej pon masuk sekali hihi  back to da story.. ketiga2 muslimah cantik yang kite sebut tadi merupakan Juri yang menilai kitorang, juri ada 4 orang lagi sorang merupakan Ustazah Pabiyah yang mana merupakan pensyarah di UPM ini sendiri.. kali ada 3 sesi..sesi pertama peragakan busana, sesi kedua sesi soal jawab soalan yang disediakan oleh pihak penganjur manakala sesi ketiga pula juga merupakan sesi soal jawab tapi soalan daripada Juri sendiri.. kite an. kedua2 sesi soal jawab dapat soalan daripada Ustazah.. alhamdulilah.. kite melepasi ketiga2 sesi tersebut.. cume xdapat tempat top 3 la.. kite dapat tempat dalam Top 6 daripada 25 orang peserta..huhu rezeki kite agknye memg sampai Top 6 je kot.. eh2.. bukan top 6 la.. Top 7.. sebab last minit sorang lagi peserta layak ke peringkat akhir..huhu.. tu salah satu kejutan la untuk peserta.. kejutan untuk Juri pon ada taw.. hari ni 13 november merupakan hari jadi Kak Fatheen Nabila kitorang pulak suprisekan beliau hihi.. Selamat Menyambut Hari Lahir buat kak Fatheen Nabila, semoga sentiasa dibawah rahmat Allah S.W.T..  seriously dorang bertiga memg friendly.. kak Fatheen Nabila lak time kite mintak nk bergambar kak Fatheen tanya " eh, korang ni(kite and aien) budak kolej 13 kan? patutlaaa.." hehe.. see... Kak Fatheen kenal kitorang tu.. huhuhu bangga kembang kempis dh hehe.. untuk pengetahuan korang jugak..mlm ni kat kolej kite kolej 13 UPM ni jugak akan diadakan Busana Muslimah Mawar Berduri semperna Islamic Day jugak.. so kite akan gunakan balik baju ni untuk malam nanti hihi cume mungkin lain sikit jer kot.. xde topi hihi.. untuk Busana Muslimah malam ni kite hanya wakil blok kite jela sebab ni bukan inter kolej macam kat kolej 14.. yang ni hanya untuk muslimah Kolej 13.. ..  Jom kite layan gambar.. maaf yer ada yang shaky sket.. huhu 

bersiap di surau huhu with epa as our manager/P.A

barisan Juri yang retis..huhu sory shaky

runway da start..tampilkan busana huhu shaky jugak..adeyh sapa amik ni hihi

pose depan juri.. bertambah shaky gmbar ni adeyhhh sabor jelah hehe

barisan Juri yang sedang main kira2 matematik hihi

juri panggil balik semua peserta untuk wat penilai lagi...depa dah pening nak pilih hihi

jawab soalan sesi 2.. hanya 15 pserta yang layak daripada 25 org peserta

soalan : sejauh manakah aurat wanita islam dengan bukan islam ? 

jawab soalan sesi 3. hanya 6 eh 7 pserta yang layak. soalan : apakah hukum kaple dalam islam?

yeaa... dorang dah menang.. kite jugak la asyik lepas Top 6 je huhu

with aien (^_^)

feeling model jap haha

aceceyyy..haha

main cak2 atas Runway huhu

kawan time teater lau xsilap haha lupe dowh.. tapi still ingat la.. dye pon peserta :)

our Manager Epa hehe kali ni xde makeup artis.. xsempat nak tempah izah haha so makeup sendiri.. 

posing maut jap..haha

again...

mode: perasan model.. sedar la diri tu ketod haha

haha

with MARIA ELENA (^_^)

with FATIN LIYANA (^_^)

inilah si gadis pinky bertopi..perasan kat korea.. haha

Kak FATHEEN NABILA memotong kek suprise daripada MTM kolej 14

with FATHEEN NABILA (^_^)

Maria dah wat perangai gila dah..so funny =D

Tolonggg... hahaha

Okey.. itu sahaja petang ni.. jum2 solat Asar lak..tata... (^_^)







Thursday, November 10, 2011

Renungan Hati Muslimah Sholehah



Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32) 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21) 

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah… 

” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,maka menikahlah,sesungguhnya menikah itu memelihara mata,dan memelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadis)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam…
bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kegusaran hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan menambahkan kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan
kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

“
…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS.An Nuur:26)

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…
“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

Sunday, October 30, 2011

mR. TBC

bila la demam ni nak kebah... adooii.. lau demam jer xpe.. ni siap batuk + sakit tekak + selsema keyh.. tepat jam 6 ptg kite sampai kolej, turun kat putrajaya station.. semak la lau turun kat hentian putra..lau putrajaya best sket heee.. nape x drive? uhuk3...my mum xkaci drive sorg2 dri kmn ke UPM coz demam xsembuh agy... xpela nanti  before cuti sem kene balik la amik kete coz brg byk nk bwk blk.. btw khamis ni kite blik kg lagi! hahaha... ponteng la kelas..terdesak lorh.. tiket bas abes.. so my sis dh tulun belikan tiket khamis pg huhu... untuk blk raya haji hihi...tahun lepas xbalik da..so taun ni wajib sah balik..haha apekahhh... whatever... ingatkan nak drive je ke UPM after cuti rye haji tp..xley la plak..proton dh booking 16/nov ni Mr.TBC...ada prob ape tah... gonna miss Mr.TBC..uhuhukkk... 

me with my MR.TBC huhuhu

(^_^)


Tuesday, October 25, 2011

5 FAKTA.. believed it or not...

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi. 

Cinta Muka Bulu

haha apekah tajuk tu macam pernah dengaq jer an? yela...Najwa Latif punye lagu CiNTA mUka bUku an.. tadi duk bukak Youtube terjumpa ngn video Cinta Muka Bulu.. lagu sebijik la cam cinta muka buku.. VC dye pon seakan sama jer.. depa ni peminat setia Najwa Latif agaknye..obsess sangat sampai snggup wat VC seakan yg Najwa Latif punyer cume ni versi otak gile2 punyer haha..tapi kite conpius nape la singer dye tu xley amik jer pompuan betul.. haha btw lawak seyhh.. jom layan CINTA MUKA BULU..


Lirik Lagu : CINTA MUKA BULU

Kita berkenalan hanya dalam laman muka bulu
Ohh.. hatiku rasa berbulu
Dan pabila kau kata kau mahu bulu aku
Ku gelisah berdebar hati rasa berbulu
Kau hantar bulu dan suruh aku terima kamu
Ohh.. kenakah rasa itu
Chorus:
Bagaimana harus bersua
Ku rasa berbulu tapi bahagia
Perlukah kita cari bulu pertama
Walaupun kita tak pernah sebulu
Banyak bulu-bulu yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan bulu pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini bulu
Banyak soalan banyak juga berbulunya
Kata hati dan rasa tak di biar saja
Setiap yang berbulu ada kebaikannya
Harus pejam mata dan berbulu apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam bulu aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu oo
Ini cinta berbuluku
Dan bila kau katakan kau suka bulu
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju oo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka bulu
(Chorus)
Pabila kau katakan kau suka bulu
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju oo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka bulu