TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, November 22, 2018

Hubungan Suami Isteri Semakin harmoni

Koranggg bella nak story nii, dulu kan bella pernah dikecam dan dibuang group jual beli kat whatsapp sebab dorang cakap bella jual ubat kuat lelaki. Tak cukup dengan tu ada pulak gangguan whatsapp dan pm oleh lelaki2 misteri nak berkenalan. 

MasyaAllah hebat betul dugaan nak jadi jutawan. Walhal jual Raja Abi Cafe je pun, sejenis minuman inovasi dari makanan sunnah, bunyi macam nama ubat pun tak. Masih orang kata kite jual ubat kuat. Sabar jela duhai hati. 
Tapi itu tak penting pun, pedulikan la manusia yang berhati 'bersih' tu. Apa yang bella nak bagitahu ni asbab Raja Abi Cafe(RAC) la daripada hubungan suami dan isteri renggang kini dah makin bahagia. 

Teringat cerita salah seorang customer kami #teamEHPS, tapi kan bella cerita ni just untuk share je taw bukan nak menjaja story tepi kain orang ke apa taww. Ok camni suami dia seorang pegawai bank, dorang ni memang ada masalah. Suami dia ni seolah2 tak ada nafsu langsung nak layan dia. Pastu dia bagi la minum secawan RAC tapi waktu tu suami dia tak tahu pun air tu air RAC. Isteri dah hidang minum jela kan. Eh eh tetibe bau aroma RAC menusuk kehidung pulak. Sedapp nyeee. Bau aje dah menggoda aishhhh.




Okey2 back to the story, keesokkan harinya dia terpaksa ambil MC!! Laaa dah jatuh ke apa pulak tuu, memang parah sangat sebab suami dia dah jatuh hatiii berkali-kali nafsu yang takde pun dah kembali normal. Dah tu faham2 sendiri laa ye kenapa dia terpaksa ambil MC. Kikiki 😂😂 Ni baru keesokkan hari, korang taw minggu seterusnya suami dia ajak pergi honeymoon kali kedua taww. Haa penangan RAC hanya 1 sachet dapat bantu orang lain perbaikki hubungan suami isteri. Lagi nak kecam! Ish3 tak patut tak patut. 

Oh yee pasangan suami isteri tadi tu sekarang bertambah2 bahagia harmoni taw. Kenapa? sebab si isteri dah hamil, siap dapat kembar taw korang. SubhanaAllah, nikmat Allah yang mana lagi yang mahu engkau dustakan. =') Kami tumpang gembira bila dapat berita2 gembira macam ni. Sebab tu kalau suami isteri ada masalah dalaman yang melibatkan hubungan suami isteri ni kena cari punca dan penyelesaian. Kalau tak rawat boleh bercerai taw (nauzubillahiminzalik) ini bukan bella saja reka cerita tapi memang statistik ada menyatakan 90% lelaki lemah tenaga batin punca ramai isteri curang dan minta cerai (Md. Nor,2008) 




Allahu minta dijauhkanlah. Hmm Kalau korang yang baca ni ada masalah hubungan isteri, tak kesahlah korang ni isteri ke suami ke tolongg lah cari punca, kalau masalah datang dari isteri tolong lah minum SPV atau pun apa2 lah suppliment wanita, dan kalau masalah dari suami tolong minum RAC atau ikhtiar la cara tradisional dan lain2. Memang semua kuasa Allah tapi kalau kita tak usaha cari punca dan rawat macam mana Allah nak tolong? Lepas dah usaha barulah kita serah pada Allah. Doa doa doa jangan berhenti berdoa kerana doa senjata mukmin. Jangan malu minta pada Allah sesungguhnya Allah maha mengasihani. ☺

Nak cuba whatsapp bella 0189127787

Tuesday, December 1, 2015

Pengalaman bersalin kali kedua

Ok kite da pening mana Mau mula hehe.. orait awal tahun ni 2015 kite dapat Taw kite preggy..masa tu cam woaahh awal lekat ni..ada kne marah ngn doc huhu..tp Alhamdulillah doc xdela marah sgt cme just Bagi nasihat for next pregnancy kene rancang betul2.. yela da Allah nak Bagi rezeki takkan nak Tolak iyedok?


Alhamdulillah sepanjang preggy yang kedua ni alahan xdela seteruk yg first but still admitted ward Satu mlm kt Dmmc Tanjung Lumpur Sebab terlalu weak..Mkn muntah non stop.. mse tu dlm dua bulan preggy..Kakak farra teman mama bermalam kt situ..

After 40 weeks preggy Adik still in womb..xmo kuar waahhh mama da pening..due edd 7/10 but 12/10 baru Adik kuar..Punya la suka duk dalam perut mama.. sampai overdue..huhu nak dijadikan citer seminggu sebelum Adik keluar kite da sakit2 Taw..da pergi hospital jalan da buka 2cm..tp doc suh balik dulu katenye lambat lagi ni..so balik la..selang beberapa hari sakit lagi..makin kuat.. pergi lagi hospital..tetibe doc ckp jln xbukak lagi..WHAT?? haritu datang katenya da 2cm..mcm mna kli ni ckp xde jalan lagi lak?? Seriously frustrated..balik umah kene gelak ngn MIL and FIL.. 

Hujung minggu 11/10 I asked my hubby bwk pergi jalan2 supaya jalan cepat Bukak..tengahari after lunch weolz Gerak ke ECM kite ckp la kt hubby hopefully arini kite tawaf Satu ecm mlm ni sakit esok terus beranak..sekali betul2 terjadi haha.. lepas hajat Mkn ayam goreng kt ecm..makn ice cream baskin robin..tawaf ecm sampai lenguh kaki balik umah mlm tu dlm kul 1 pagi kite da xboleh tido..si hubby and Kakak farra da tido kepenatan..kite la menahan sakit contraction every 5 minutes sakit..almost setengah jam jugak berlawan ngn contraction kite bngun jalan mundar mandir dalam bilik then ke toilet rse cm xselesa kt tutt..skli masuk toilet buang air kecik flushhh hamik kau penuh darah keluar..time tu sakit yang amat perut ni..cepat2 kejutkn hubby ajak pergi hospital..dlm Pkul 2 smp kt low risk doc cek jalan cek jantung baby semua..bapak lama..jam 5lebih baru dorg kasi masuk ward..time tu 3cm jln terbuka..masa dlm ward agak sakit jugak tp still jalan2 siap mandi nak kasi cepat jalan buka..jam 8 sakit makin kuat doc check jalan da 4cm nurse suh kite bekpes dulu..mase tu mmg xde selera langsung..but before that doc cucuk ubat tahan sakit lepas Mkn je terus muntah..effect dr ubat tu kot..memang xde tenaga langsung da muntah..sakit pon xhilang walpon masuk ubat tahan sakit.. lagi merana ada la..sabor jelaa..time tu labor room penuh..so doc ckp xleh masuk lagi just standby lau da kosong kite akn dimasukkan dlm labor room..kite pon whatsapp Hubby suh balik mandi makan dlu..memandangkan labor room masih penuh n jalan pon baru 4cm lau ikut pengalaman kakak farra dlu dr 4cm nk tunggu bukak lagi besar amk mase 2-3 jam jugak so sempatla Hubby balik dlu.. sekali Hubby da balik labor room ada kosong kite pon ditolak masuk da kol Hubby xangkat pulak..huhu just tinggalkan whatsapp ckp da masuk labor room..



Dlm Pkul 10lbh kite da sakit sgt rse cm nak poo poo..midwife check jalan da bukak 5cm dlm hati kite aik cepatlak kali ni..xlama tu skit makin kuat sampai terjerit ckp nurses saya nak berakkk...hahaha nurse datang tenangkan kite ckp jangan teran lagi..midwife check jalan da 8cm..time tu midwife ckp da boleh nk beranak ni..da nampak kepala baby.. prapp bunyi rahim kite digunting sket..gila laa..scary kot time tu..nurse lak tanya suami ada kat luar or tak..kite just ckp xsure sebab td suami balik jap..mungkin da ada kt luar..skli nurse panggil xde sahutan suami ku tercinta uwaaa sedihh..beranak bertarung nyawa sorg2 lagi sekali..tepat jam 11.11 pagi putera comel kite selamat dilahirkan secara normal alhamdulillah Allah permudahkan lahir adik dua tiga kali push je keluar.. Dh siap semua nurse letak adik kt dada mama i was like alhamdulillah alhamdulillah syukur da selamat..hilang rase sakit bila tgk adik sempurna dan sihat..nurse bersihkan adik then midwife mulakan operasi menjahit luka kt bawah tu..dye bius sket..but still rase sakit time dye jahit bahagian luar kulit..katenye xbanyak jahit..but sakit wooo..

Dah siap jahit semua..baru suami kite sampai..en.Hubby sampai Tnye nurse pasal wife beliau ni..da bukak jln bpe cm Bole msuk x labor room? Sekali nurse jawab wife awk da selamat bersalin da encik..hahaha terkejut beliau sebab lau ikut pengalaman masa tunggu jalan bukak time si kakak aritu memang lambat..tapi dis time sgt cepat maybe sebab kite ada amik suppliment salindah kot..sedikit sebanyak membantu kite bersalin normal dan mudah..alhamdulillah..semua atas izinNya..if sesiapa nk cuba salindah highly recommended..tapi better amik dr awal kehamilan mCm kite masuk je minggu ke 12 terus amik salindah B1 even tgh sakit contraction sementara tunggu masuk labor room pun masih kemam B6 hehe.. tapi sebelum consume salindah kite before preggy lagi ada amik Produk keluaran EHPs iaitu Skinrich..utk kasi kulit baby cantik..tp bler da amik salindah..kite stop dlu skinrich cadangnya nk sambung time dalam pantang..oh ya salindah ni ada set berpantang jugak Taw..tapi kite amk la yg utk berpantang sebab memang da ready SuperRich Mocha + SuperRich Puteri Vanilla +skinrich 7ae untuk berpantang..hehe..produk keluaran EHPS haruslaaa..i guna..i jual..kann..Alhamdulillah dapat habiskan dalam waktu berpantang dengan jaya nya..now I'm merdeka!! 


Monday, June 30, 2014

Kisah lelaki tua kaya yang akan buat kita renung kembali tentang kehidupan..

Kisah ini adalah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Sebuah kisah yang mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi.
Cerita ini memberi inspirasi dan motivasi  kepada kita semua tentang bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. So Jom kite Baca entry copy paste ni.. oh ya don't skip reading coz every sentences are valuable to us..

###

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.

Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.