ek eyleh... kecoh laa minah ni, dapat email dari ESM pon nak kecoh ke bro? hahaha... suke hati gue la! sje nak post kite dapat email dari ESM... ESM?? apekah? EMPAYAR SITI MURNI... ekceli kite ada hantar gambar kite kat ESM bagi pencarian model tudung ESM..tup2 arini kite dapat email dari ESM yang kite terpilih jadi peserta model tudung ESM.. huhu.. xcye?? ni tgk..bukti email...haha riak2! peserta je pon..
tabung masa depan
Thursday, December 22, 2011
dapat email dari ESM
Bicara Hati Jutawan Bella at 12:16 AM 0 Owg Conteng Entry
Tuesday, December 13, 2011
Giveaway by Triple F
Bicara Hati Jutawan Bella at 5:03 AM 0 Owg Conteng Entry
Sunday, December 11, 2011
nak cube detox foot patch
mak aihhh kaki sape la atas ni haha.. bukan kite yer...uwahhh.. huhu ekceli kite excited nak tido malam ni bertemankan detox foot patch yang kite baru beli tadi... korang pernah guna x? lau pernah share la pengalaman korang... huhu kite minggu ni asyik stress jer ngan assingment..tido pon xlena.. so tu yang beli detox foot patch ni.. sis yang jual ni satu UPM la.. cume kolej lain..so dengan tenaga kuda nak mati tadi kite telah memecut Modenas CT 100 milik Vajida a.k.a my rumate ke kolej sis tu huhu.. nek kete cam xberbaloi jer hahaha.. so xsabar nak tido and merasai kesannya esok! jumpa esok! haha nunite olz... ZZzz
Bicara Hati Jutawan Bella at 6:32 AM 0 Owg Conteng Entry
Wednesday, December 7, 2011
"JOIN EYKAMEOW 1ST GIVEAWAY!"
okey me join GA lagi hohoho...dah mcm bunyi santa jer..mentang2 nk christmas ni hoho... okeyh2.. jom la kamo2 join.. dengar2 mcm eyka dah nk tutup GA ni so cepat yer.. klik banner dak eyka yg chomel kat bawah ni lau nk join
Bicara Hati Jutawan Bella at 5:05 AM 0 Owg Conteng Entry
Giveaway Doploh Hengget (Entry Melekit)
okeyh hari ni kite join GA cam tajuk kat atas nih.. huhu.. nampak x duit doploh hengget atas ni? nak? jom join sekali..doploh hengget tu amat bernilai lau si pemberi tu betul2 ikhlas auw bagi..so jgn lepaskan peluang ni...bernilai tu...klik banner lau nk join yerp2..
kite nak cakap sket pasal SEDEKAH yer tawan2... korang tahu apa itu SEDEKAH? hehe tipu la lau xde yang tahu an? semua orang tahu apa itu SEDEKAH.. sedekah tu sebenarnya MUDAH..kite repeat MUDAH ye kawan2... sedakah tu mudah tapi SUSAH.. yela masyarkat pada hari ni susah sangat nak bersedekah, korang tahu x bertapa besarnya PAHALA orang yang suka bersedekah ni? tapi atas tujuan niat sedekah demi Allah lah ni sedekah sebab nak menunjuk2 bek xpayah la yer.. Dari Abu Hurairah r.a, ia berakata bahawa seseorang telah bertanya kepada Nabi s.a.w " Ya Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang paling besar pahalanya? Rasulullah saw bersabda, " BERSEDEKAH PADA WAKTU SIHAT,TAKUT MISKIN, DAN SEDANG BERANGAN-ANGAN MENJADI ORANG KAYA. JANGANLAH KAMU MEMPERLAMBATKANNYA SEHINGGA MAUT TIBA" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) sebenarnya banyak sangat hadis2 yang menerangkan pasal bersedekah ni...
Senyum pun satu sedekah...kalau si A wat kamo marah, kamo jangan la tunjuk kemarahan kamo tu, just senyum kat dye, nanti mesti dye pelik..hehe panas lawannya sejuk, jadi lau tengah panas, cuba la istghfar diri, senyummmm je kat orang yang buat kamo marah tu, nanti dye pulak yang bengang kat kamo hehe.. kamo dapat pahala sedekah senyum..pahala sabar pon kamo dapat jugak.. (^_^) subhanaAllah, Allah tu maha pemurahkan?
kamo2 mesti pernah dengan pepatah ni "what u give, u get back" haa.. apa yang kite sedekah tu, insyaAllah kite akan dapat balik, dengan erti kata lain, rezeki kite akan bertambah insyaAllah. Rasulullah pon pernah bersabda "bersedekahlah kalian, kerana sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak, maka bersedekahlah kalian, Nescaya Allah menyayangi kalian"
Rezeki yang kite dapat pada hari ini adalah pemberian Allah, jadi apa salahnya kalau kita nafkahkan sedikit rezeki kite kepada orang yang lebih memerlukan tapi janganlah secara terang2an xperlulah nak menunjuk2, riak tu Allah xsuka.. sesungguhnya sedekah yang secara sorok2 tu amat mulia disisi Allah.. (^_^)
Bicara Hati Jutawan Bella at 3:57 AM 4 Owg Conteng Entry
Monday, December 5, 2011
Grand Opening GA
Bicara Hati Jutawan Bella at 8:03 PM 0 Owg Conteng Entry
TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY
Bicara Hati Jutawan Bella at 7:50 PM 2 Owg Conteng Entry
FANTASTICPIECES GIVEAWAY
me join FantasticPieces Giveaway! for those who wanna join me..just click above banner.. if i'm selected to be a winner..i would like to have this dress... it nice! hopefully i can get it.."you want it, you'll get it"
Bicara Hati Jutawan Bella at 7:37 PM 4 Owg Conteng Entry
Saturday, December 3, 2011
Hijab With Jelita Contest!
Bicara Hati Jutawan Bella at 6:39 AM 2 Owg Conteng Entry
Cinta Muka Buku Versi Islamik..TERBAIK!
duk berblogwalking tadi..tup2 jumpa nih! terbaik! (^_^)
[Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik]
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪
... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫
banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.
Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪
Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪
Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja
banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...
Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪
sumber: khazinatul asrar (facebook)
sumber 2 : Ibnushukran
Bicara Hati Jutawan Bella at 6:02 AM 0 Owg Conteng Entry
mengecewakan!!!
Huh! penat pergi wat survey kat The Mines tadi.. amat mengecewakan sebab rakyat Malaysia amat tak sporting tapi tak semua la... sombong betul la.. kite mintak tolong jawab questionnaires je pon..bukan mintak beli barang ke ape.. hampeh betul.. anyway thanks pada yang sudi jawab questionnaires and sudi di temuramah.. korang memg sporting! (^_^) ada dalam 20++ lagi questinnaires yang belum diisi.. so hopefully 2 orang hamba Allah tu boleh la tlg edarkan questionnaires tu..
time kat The Mines tadi an.. teruja tengok budak2 Chinese pakai custom cantik..pastu jalan bergroup cakap " MERRY CHRISTMAS..MERRY CHRISTMAS" siap kitorang KEJAR..i'm repeat it KEJAR okey! haha semata2 nak amik gambar.. tapi an..agaknye orang yang tolong amik gmbr kitorang ni Parkinson kot..shaky gambar tuh..haha terlebih sudaa.. sory..mintak ampun.. adik baju merah huhu.. actually an, before kitorang amik picca ngn dak2 ni..xde orang pon yang berani mintak bergambar ngn dorg.. tapi lepas kitorang bergambar ngn dorg.. zass ramai pulak yang ikut jejak langkah.. haha..
Bicara Hati Jutawan Bella at 5:53 AM 0 Owg Conteng Entry
Friday, December 2, 2011
lovely saturday..going Out for make a survey on Consumer behavior in buying cosmetic product!
Bicara Hati Jutawan Bella at 7:14 PM 0 Owg Conteng Entry
ya Allah! Banjir di Kajang
ya Allah hari ini kite amat terkejut bila tengok ada orang post kat FB video banjir di KAJANG, kite repeat KAJANG! amatlah dekat ngn sri kembangan ni! subahanaAllah.. setiap kejadiaan pasti ada hikmahnya, adakah ini merupakan tanda-tanda kiamat?kira-kira selepas solat jumaat pada hari ini 2 Disember Kajang dilanda banjir, air boleh dikatakan semakin meningkat hingga ke paras bahaya! hal ini amat membimbangkan la bagi kite,kesian kat mereka-mereka yang mengalami kerugian.. walaubagaimana pun alhamdulilah setakat ni tak ada lagi kes kehilangan nyawa yang dilaporkan tetapi ada ura-ura yang mengatakan ada dua orang telah mati oleh sebab dihanyutkan arus deras namun berita tu masih belum disahkan oleh pihak yang berkuasa. jom tengok video yang dirakam oleh seorang blogger Doposen.com petang tadi..
p/s: kepada semua diharapkan agar tak masuki kawasan pekan kajang..semoga banjir ni cepat surut dan tiada mangsa banjir.aMInn...
Bicara Hati Jutawan Bella at 4:26 AM 2 Owg Conteng Entry
Thursday, December 1, 2011
Zahiril Adzim deklamasikan puisi buat Shera Aiyob
majlis resepsi pasangan pengantin baru Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang berlangsung pada 27 November yang lepas betul-betul wat kite terharu, coz Zahiril amat sweet!! Zahiril wat kejutan buat isterinya Shera dengan mendeklamasikan Puisi.. bukan senang kite nak post pasal artis xtentu pasal dalam blog ni melainkan ianya benar2 kite suke! hehe..
Bicara Hati Jutawan Bella at 7:43 AM 0 Owg Conteng Entry
Wednesday, November 30, 2011
Contest Bertemakan Biru Or Pink !
Bicara Hati Jutawan Bella at 9:02 PM 0 Owg Conteng Entry
CANDID TIME CONTEST
Bicara Hati Jutawan Bella at 8:12 PM 3 Owg Conteng Entry
Monday, November 28, 2011
Giveaway by Aida Shafiena and Fasihah Latif
Bicara Hati Jutawan Bella at 8:57 PM 4 Owg Conteng Entry
Contest I Love Photography by Anis and Aina
Bicara Hati Jutawan Bella at 7:03 AM 4 Owg Conteng Entry
Sunday, November 27, 2011
Giveaway 11 Days
Bicara Hati Jutawan Bella at 6:58 AM 2 Owg Conteng Entry
Thursday, November 24, 2011
24 CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi TIDAK bagi orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!" lebih baik cuba menyayangi seseorang yang benar-benar mencintai kita, daripada menyayangi seseorang yang kita sayangi, kerana belum tentu orang yang kita sayang itu bena-benar menyayangi kita.. sekian.. haha
Bicara Hati Jutawan Bella at 12:38 AM 2 Owg Conteng Entry
Tuesday, November 22, 2011
Last G.A 2011 ~ Cayang-Cayang
setelah seminggu terlantar sakit.. akhirnya kite kembali berjuang hehehe... ayat ntah pape.. btw xmo update pape just nk update contest hehehe... so sape-sape nak join sila la klik saja banner kat atas tu.. segala syarat sila baca disana sebab kite nak wat entry khas untuk contest ni xkesah la menang atau x semua tu bergantung pada rezeki dan nasib la.. kite nk masuk 3 budak ley x tuan punye contest? xde lak syarat berapa orang limit dye an so kira boleh la... okey.. firstly, mempersembahkan RAMADHAN MUBIN BIN AHMAD RADZI a.k.a Adik Sepupu berumur 1 tahun 5 bulan, gambar ni lucu sangat bagi kite tapi kene tengok satu-satu baru tahu ape maksud budak Mubin ni.. seyesly Mubin amat nakal macam gambar ni jugak.. okey..ready...? go!
secondly, budak comey Nur Alisya Fakhira a.k.a Anak Angkat berumur 11 bulan, ini budak kembar taw.. tapi kembarnya Nur Alisya Fadhwah tu penakut sket ngn org.. dak Fakhira ni die sangat nakal walaupun pompuan..okey.. gambar ni time kitorang kuar jalan-jalan, si Khira ni sebok nak ngetes speck.. jom terjah!
hahaha lawak kan budak Mubin and Fakhira... kebetulan jer ada gmbar aksi2 lucu dorang... hehe... oh ye tadi kite cakap 3 budak an? mana lagi sorang? hehe... yang sorang ni.. xde la gmbar mcam tadi.. just kite saja nak masukkan sebab budak ni Anak Sedara yang amat chomel! windu giler kat die huhu... namanya AHMAD NIYAZ RAFIQI..berumur 6 bulan.. baby lagi.. tapi tubuh shihat and chomey sgt hehehe mempersembahkan.....
yeahh... letih sudah tangan ku.. haha... itula 3 orang budak comey yang kite pertndingkan.. hopefully ada la rezeki menang..amin... see ya..
Bicara Hati Jutawan Bella at 1:39 AM 0 Owg Conteng Entry