Hmm apa perasan ibu2 kalau doc tetiba diagnose that ibu was suspected had an ectopic pregnancy? Luluhnya hancur segala harapan kan? Well, same goes to me. Segala2nya bermula pada 2 februari 2017 bersamaan khamis baru2 ini, masa tu kite tengah masak lunch. Sedang asyik memasak tiba2 perut cramp mencucuk2 macam contraction pun ada. Ya Allah sakitnya time tu sampai terduduk. Memang tak boleh nak bergerak tahan sakit. Cepat2 tutup api dapur, si Ausy pulak mintak dukung ya Allah tahan jela dukung si kecil bawak masuk bilik.
Dalam bilik baring jela tahan sakit. Lama juga sakitnye tapi on off. Kejap sakit kejap tak. Time tak sakit pergi kedapur balik nk hidang makanan sebab hubby akan balik untuk lunch. Masa hubby kite balik tu dah settle makan semua tetiba sakit cramp perut tu datang lagi. Hubby kite pulak panik tengok kite menggelupur sakit. Tapi nak tak nak kena jugak masuk opis balik. Tak lama lepas hubby kite masuk kerja balik sakit tu on off on off macam tu. Time sakit tu hubby pulak call tanya sakit lagi ke tak, call time sakit memang tak leh nak ngelat laa hehe. Kalau boleh memang tak nak buat beliau risau. Tapi memang sakit time tu. Terus hubby suruh siap2 dia otw balik nak pick up bawak jumpe doktor.
Di klinik, doc tanya lah kan sakit kenapa. Kite cakap jela sakit perut. Doc tanya lagi preggy ke? Kite cakap tak sure sebab last week check double line tapi samar2 je. Doc terus cakap, walaupun samar2 still means positive so memang pregnant. Doc tak nak buang masa so dia terus scan. Time scan tu memang luluh jantung bila doc cakap tiada kantung baby dalam rahim kite doc explain a lil bit tentang sebarang kebarangkalian. Dia nak check melalui rahim tapi tak cukup kelengkapan maka nya kite di refer ke bahagian kecemasan HTAA.
Sampai di HTAA, same procedure. Cek UPT and scan. UPT positive, scan tak nampak apa2. So doc suruh admitted ward sebab nak scan melalui rahim. Jam 8.30 malam di bahagian kecemasan masuk air kena ambil darah tup2 jam 11.30 malam baru dapat masuk ward. Hubby kite nak stay, tapi kita suruh balik je kesian anak2. Atleast ada papa dorang ok la sket kan. Jam 1pagi nurse kejutkan kita minta masuk ke bilik scan untuk scan melalui rahim. Doc pelik sebab kat luar rahim pun tak de jumpa apa2. Dia scan pulak perut nak kepastian. Punn tak ada kantung baby. Dinding rahim agak tebal katanya. So doc decide untuk cek melalui darah untuk dapatkan bacaan beta HCG. Dalam pukul 5 pagi nurse datang ambil darah. Pada hari jumaat tu 3hb Feb ummi abah kite datang, lepas dorang semua pulang hampir nak maghrib jugak baru lah sempat nak mandi. Otw pi tandas minta baju nurse cakap eh nak baju? Bukan awak boleh discaj ke? Oh yeke? Saya xtaw apa2 pun. Pastu nurse cakap oh salah orang. So kite pi la mandi solat semua. Duk berehat atas katil suami kite masa tu baru je balik. Tup2 nurse datang cakap boleh discaj. Aik result darah tak bagi tahu apa2 tiba2 boleh discaj? Pelik. So kite baca jela catatan doc kat buku rawatan tu. Bacaan b. Hcg hanya 261.3 something like that lah. Thats why dibenarkan balik.
Sebelum balik nurse cakap hari jumaat minggu depan pergi ke EPAU untuk test lagi sekali.
Hari khamis 9hb Februari, genap 5 tahun ulang tahun perkahwinan kite dan suami, tiba2 sakit perut sangat, pergi tandas, ada seketul darah keluar! Bentuk nya macam hati ayam. Allah masa tu dalam hati dah fikir kite keguguran dah. Suami suruh simpan darah tu tunjuk kat doctor esok tapi kita tak simpan pun, sebab hati memang dah yakin memang dah keguguran. Esoknya kita ke EPAU HTAA, cerita kat doctor pasal ketulan tu, doctor suruh buat upt test. Dan seperti yang kite jangka, result dah bertukar jadi negative. lepas tu doc suruh naik ke ward, pakar cek kat bawah tu memang dah kosong. tapi sebelum ni pun memang kosong dorang tak leh detect baby ada kt mana. So doc bagi kite balik, tak de cuci pun sebab memang dah kosong dalam tu.
Sebelum balik tu, sempatlah kite tanya doc tentang status kehamilan kita. Doc cakap missed miscarriaged senang cakap failure pregnancy. So doc cakap lepas ni mandi macam mandi hadas biasa je, xperlu berpantang apa2. Kite redha, mungkin baby tak nak susahkan mama dia dengan kehamilan luar rahim sebab tu dia keluar :'( mama tetap akan ingatkan baby. Tapi betul lah, janji Allah itu pasti buat hamba2Nya yang redha dan sabar. Lepas je peristiwa ni, kite dapat offer kerja di CIMB bank dalam awal bulan 4. Alhamdulillah rezeki Allah amik satu Dia bagi rezeki lain.
Tapi dalam masa yang sama, rupa2nya ada lagi rezeki lain Allah bagi. Masa mula2 kerja, kita kena pergi traning dekat bangi dalam 2 minggu. Masa minggu pertama tu ok je tak de masalah, masuk je minggu kedua, kita dah start mual2, muntah. kawan2 minta buat UPT test, dorang siap tolong belikan. Allahu tak tahu nak cakap apa, result positive!! syukur ya Allah, lekat lagi. Bila dah positive, baru lah perasan lepas keguguran bulan Februari tu memang takde datang period dah. MasyaAllah terus lekat yang baru rupenye. Hehe penangan minum SPV 2 box la ni.
Tiba2 teringat masa mula2 dapat offer kerja ada buat X-RAY. Allah mulalah jantung berdebar2 fikirkan kalau masa tu dah pregnant kite buat Xray ada kesan ke tak kat baby??? mula la menggoogle, tanya doctor2 pakar. Alhamdulillah jawapan yang doctor bagi sedikit sebanyak melegakan. Sebab masa tu masih diawal kehamilan, plus Xray tu dibahagian dada. InshaaAllah tak menjejaskan fizikal baby. Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni alahan tak seteruk masa mengandungkan kakak Farra dan Firdaus. Allah permudahkan segala2nya. Hari ni dah genap 40 minggu kite bawak perut ni. Cuti pun dah apply, tunggu masa je baby nak keluar. Ikutkan due 16hb November ni, next week! tapi braxton hicks dah mula terasa. Tak sabar nak jumpa baby. semoga Allah permudahkan urusan bersalin pula lepas ni.
Jadi sahabat2 kalau belum ada rezeki sabar dan redha inshaaAllah akan ada Allah bagi nanti. Kalau keguguran atau Mengandung Luar Rahim sekalipun belajar redha dan fikir yang positive je. inshaaAllah semua yang berlaku pun akan baik2 je. Apa2 pun doakan kite dipermudahkan untuk bersalin secara normal dan baby sihat sempurna ye. :)