TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Tuesday, December 4, 2012

Ujian dari Allah...Terima kasih awak..


Setiap manusia dimuka bumi ini pasti akan diuji oleh Allah, tidak kira dia susah atau senang, sebab Allah akan menguji setiap hambaNya tanda Dia sayang pada kita, Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita untuk mengharungi setiap ujian dariNya..kita sendiri tidak terlepas dari ujianNya..Setiap orang pasti ada masalahnya yang tersendiri, Allah uji kita dengan pelbagai ujian, tetapi sebab nya tetap sama.. setiap ujian yang Allah uji pasti ada rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah nak tambah keimanan kita, mahupun menguji sejauh mana keimanan kita..dengan ujian yang Allah uji ini lah kita dapat membuka mata hati kita, jangan mudah berputus asa, sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmahnya..

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa Allah beri ujian yang berat sampaikan kita terlupa pada siapa kita sepatutnya mengadu, pada siapa kita harus minta balik kekuatan kita..Allah dah jelaskan dalam Al-Quran bahawa Dia takkan uji hambaNya diluar kemampuan..Allah tahu kita kuat dan mampu harungi ujianNya sebab itu Allah beri ujian pada kita..jikalau takde ujian maka takde la pengalaman hidup kan? sama la jugak macam belajar, lau belajar jer tak ada exam maka, kita tak tahu la sejauh mana kemampuan kita..dengan exam tu jugak if kita wat mistake, ianya memberi pengajaran kepada kita agar lebih berhati-hati..dan itulah pengalaman kita..hmm

Minggu ni kite tak tahu kenapa amat stressssss!! Masalah datang bertalu-talu..tapi apa masalahnya pun tak tahu..dah bercampur aduk..pening kepala memikirkan nya..selalunya kalau kita ada masalah..tekanan..kite mesti nanges..nanti dah nanges..hilangla sikit bebanan tu..tapi kali ni..bebanan tu hilang..malah kita mampu senyummmmm (^____^) macam ni, walhal masalah tak settle lagi..kenapa?? sebab Allah tu Maha Mendengar, bila kita mohon Allah tenangkan hati kita dalam harungi ujian ini, maka Allah utuskan seseorang yang mampu menenangkan kita..kite rasa amat-amat bersyukur kerana mempunyai seorang tunang yang amat-amat baik, yang very understanding.. alhamdulilah..bila En.Tunang beri kata-kata semangat, air mata yang nak mengalir tiba2 terhenti dengan sendiri malah kesedihan bertukar menjadi sebuah senyuman..En,Tunang pun ada masalah yang tersendiri tapi dalam masa yang sama beliau boleh hembuskan semangat dalam diri kite..sesungguhnya kite amat kagum dengan ketabahan beliau..Mr.Cool.. (^_^) kite tak tahu kenapa, tetapi cara bila beliau bercakap dengan nada yang lembut..menasihati kite..beri semangat kat kite..terus menusuk ke kalbu dan secara automatiknya kite kembali bersemangat..terima kasih Mr.Cool..(^_^) Awak selalu beri semangat kat saya dikala saya lemah dan buntu tak tahu apa yang harus saya buat.. awak sentiasa ingatkan saya pada Allah..menasihati saya dengan nada suara yang amat menenangkan.. saya amat bertuah menjadi tunang awak..dan xlama lagi bakal menjadi pemaisuri dalam hidup awak..saya harap saya pun mampu menjadi macam awak..dikala awak perlukan semangat, saya pula akan menjadi kekuatan awak..insyaAllah..saya akan ingat semua pesan awak dunia akhirat..to Encik Farid bin Haji Jamaluddin.. terima kasih awak..=')

0 Owg Conteng Entry: