TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Wednesday, December 12, 2012

MATI ITU PASTI..

Jikalau sebelum ni kite asyik becakap pasal Jodoh sekarang pasal MATI..kenapa sebab Jodoh dan Maut itu ditangan Tuhan..kite tak dapat tahu siapa Jodoh kita, dan bila kite akan Mati.. Mati itu pasti.. kata Imam Ghazali, perkara yang paling hampir dengan kita dimuka bumi ini ialah KEMATIAN.. kenapa tiba-tiba bukak topik mati ni? sebab kite semua wajib ingat mati..dengan mengingati mati maka kite lebih menjaga diri, berusaha meningkatkan keimanan kita padaNya.. ya ALLAH minggu ni banyak betul orang yang meninggal disekeliling kite.. beberapa hari yang lepas, kecoh kat UPM ni mengenai kematian seorang pelajar tahun 2, fakulti pertanian UPM ni dekat lebuh silikon berhampiran pintu masuk UPM.. arwah yang bernama Asyraf, pada masa tu menaikki motorsikal ke UPM untuk pergi kelas berlanggar dengan kereta wira(lau xsalahla), ya Allah semoga kematian arwah itu dikira shahid, kematian dalam perjalanan menuntut ilmu.. al-Fatihah buat arwah.. status terakhir arwah kat Facebook yang berbunyi..


"selembut---lembut...

bantal...

ADALAH ribaan seorang IBU..dan seorang AYAH

sayang ibuku umi ♥
dan
sayang ayahku abah ♥
'
♥ ♥ ♥ ♥ ♥"

sumber :FB arwah
ya ALLAH status yang amat menyentuh hati, walaupun kite xberkawan dengan arwah,tapi kite yakin arwah merupakan anak yang baik, kawan yang baik yang murah dengan senyuman sebab sahabat2 arwah tidak putus post salam takziah di wall arwah.. antara status sahabatnya yang mampu mengalirkan air mata kita adalah..


"alhamdulillah dapat jugak aku berkhidmat buat kali terakhir utk sahabatku Asyraf Acap..

semoga cuiman terakhirku menjadi tanda persahabatan kita buat selama-lamanya.

Al-fatihah
kawantiadapenghujung" - Wan Azalee

"My beloved friend, around this time almost everyday I can see you and meet you, sometimes you open the door room, I say selamat malam to you, sometimes we meet at the toilet or sometimes I pay a visit to you. You are a good person, this is the truth, you help me and our coursemate a lot, we learn new things from each other, 24hours ago we have a chat. Your appearance will be stay in part of my memories. Rest in peace my friend, Asyraf Acap"- Khoo Ying Wei

" - Sekuntum al-fatihah utk arwoh Asyraf Acap. Dio g di masa yg x disangka2, dgn beg nk g blajar masih dpikul di blakang.dgn malam sblom kejadian tu arwoh sempat ag basuh kain utk hadapi hari esok. tapi nk wat gano, sapa stakat ni jah nyawo dio. ado jgk arwoh oyk psl nikah, semoga kubur mu termasuk salah satu taman-taman syurga. -
___________________________________________________
"kawe hilang dh sore saem hok blh wat mitok tlg bilo2 maso."- Mustaqim Izt

Mengalir air mata ini bila baca ucapan sahabat-sahabat arwah, sesungguhnya Allah lebih menyayangi mu wahai adik Asyraf..semoga dikau tenang disana.. ada status arwah cakap pasal nikah, walaupun xsempat kahwin didunia ini, insyaALLAH bidadari syurga menantimu disana.. semoga ayahnda dan ibunda yang amat arwah sayangi tabah mengharungi dugaan ini..Al-Fatihah..


arwah setelah siap dimandikan dan dikafankan di masjid UPM.
Sumber: FB
Semalam pula dengan tarikh yang amat cantik 12/12/12 selalunye orang hanya fikir nak kahwin nk tunang dan sebagainya bila ada tarikh cantik macam ni..tapi orang xpernah terfikir akan kematian menjemput kita pada tarikh2 keramat macam ni, semalam kita semua dikejutkan pula dengan pemergian bekas penyimpan mohor besar raja-raja melayu  iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang selalu kite akan tengok kat TV bila nak sambut ramadhan, syawal dan aidiladha.. semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh..Al-Fatihah..

Mati itu tak kenal usia, tak kenal masa, tak kenal tempat.. mereka dah pergi..insyaALLAH nanti kite bakal menyusul, tapi bila? hanya ALLAH yang tahu.. bila Allah kata KunFayakun..maka tiada apa yang dapat kita buat melainkan dengan bekalan amalan yang dikumpul dibumi fana ini aja yang dapat kite bawa bersama..sama-samalah kite bersiap sedia dari sekarang, kerana malaikat izrail tidak akan bagitahu kite bila dia nak datang cabut nyawa kita, mungkin dia datang pada waktu kita tidur, pada waktu kite sedang belajar, pada waktu kite sedang leka dengan hiburan dunia(nauzubillah)..jadi peringatan untuk diri kite sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, tak kira dimana kita berada, ingatlah Kematian pasti akan menjemput kite tak kira masa.. tinggal lah segala maksiat dan kejahatan, bawalah diri mu dijalan yang diredhaiNya..insyaALLAH..

"ya ALLAH, matikanlah kami dalam Iman, matikanlah kami dengan Islam..matikanlah kami dalam husnul khatimah.. ampunkan segala dosa-dosa kami ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi..aamiin.." 


0 Owg Conteng Entry: