TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Thursday, September 6, 2012

JODOH ADALAH RAHSIA ALLAH



Jodoh adalah sesuatu yang amat Misteri.. ianya adalah rahsia Allah.. pada usia kita 4bulan dalam kandungan ibu kita, Allah telah tetapkan siapa jodoh kita, apa kerjaya kita dan sebagainya.. terkadang kita terlalu leka dengan keseronokan duniawi sehinggakan kita melanggar perintahNya..seperti yang kita semua tahu..Couple itu Haram..tapi masih ramai umat islam khasnya leka dengan cinta sebelum kahwin..aku sendiri tidak terlepas dari bercouple.. bab kata org tua-tua bercinta bagai nak rak, akhirnya putus jua.. bercinta tak semestinya berkahwin, rancang la apa jua, kalau Allah kata bukan Jodoh kita untuk bersama pasangan kaple, rancangan tu akan tergendala juga.. kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Terkadang diri ini terasa amat hina dimata Yang Esa kerana terlalu leka dengan keseronokan duniawi, bercinta bukanlah sesuatu yang indah selagi ianya sebelum kahwin, pada dasarnya memang indah, hakikatnya menambahkan dosa, zina mata, zina hati dan sebagainya. Alangkah indahnya jikalau bercinta selepas kahwin, bukan sahaja indah,bahagia malah mendapat pahala..subhanaAllah...

Andai saja cinta yang dibangga-banggakan putus ditengah jalan, jangan sesekali kita menyesalinya, sebaliknya bersyukurlah ini tanda Allah masih sayangkan kita, Allah tidak mahu kita terus lalai dengan godaan duniawi. Teringat aku pada pesan seorang sahabat, jangan terlalu berharap akan sesuatu yang tidak pasti, nescaya kau akan kecewa sekiranya harapan mu tidak tertunai. Jangan terlalu mencintai seseorang, kelak kau akan membencinya, dan jangan terlalu membenci seseorang kelak kau akan mencintainya..

Aku pernah mencintai seseorang, namun takdir telah memisahkan kami. Dalam kedukaanku, Allah telah pun merancang sesuatu yang amat baik bagi ku.. Aku yakin, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. jika Allah telah mengambil sesuatu dari kita, percayalah Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. teringat daku akan kata seorang Teman kepada diriku MENCINTAI TIDAK BERERTI MEMILIKI..kini aku sedar, Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik kepadaku. Jodoh itu rahsia Allah, kita hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang menentukan. Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang betul bagi menguji kita.. percayalah Allah telah mengaturkan yang Terbaik untuk hamba-hambaNya.. 

"ya Allah, seandainya telah Kau catatkan dia jodohku, maka satukan lah hati kami, jauhilah kami dari maksiat dan kejahatan, permudahkanlah segala urusan kami agar kami sentiasa dijalan yang Kau Redhai..aamiin.." 

0 Owg Conteng Entry: