TABUNG SIMPANAN

sAhAbAT KuSaYanG...!!

tabung masa depan

Thursday, December 1, 2011

Zahiril Adzim deklamasikan puisi buat Shera Aiyob

majlis resepsi pasangan pengantin baru Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang berlangsung pada 27 November yang lepas betul-betul wat kite terharu, coz Zahiril amat sweet!! Zahiril wat kejutan buat isterinya Shera dengan mendeklamasikan Puisi.. bukan senang kite nak post pasal artis xtentu pasal dalam blog ni melainkan ianya benar2 kite suke! hehe.. 


time majlis resepsi ni, Shera tengah dengar lagu I will Always Love You..Zahiril lak pura-pura terjumpa nota dalam tuxedo dye, then tiba-tiba dye bangun dan baca puisi tu yang ditujukan pada isterinya..











 <3 Puisi puitis Zahiril buat Sheira Aiyob <3
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”


agak-agak di hari bahagia kite nanti si dia wat macam ni jugak x? huhu so sweet... si dia kata si dia ada reka puisi untu kite tapi si dia xmo kasi kite tahu lagi.. nth suprise ape yang dirancangkan tu..wonder.. huhu nth2 nk baca time kawen nanti kot? auchhh so sweet lau mcm tu.. huhu.. okeyh la.. pape pon semoga mereka bahagia dunia akhirat (^_^) amin..

0 Owg Conteng Entry: